Doc Mc Stuffin Tema Birthday Cake Yaya Yang Ke Tiga Tahun
Alhamdulillah, selepas dianjak-anjakkan majlis hari jadi yaya yang ke tiga tahun atas sebab-sebab kesihatan, sehingga umur yaya dan tiga tahun dua bulan masa tu baru la majlis hari jadi Yaya berjaya dilangsungkan.
Alhamdulillah tercapai impian mamanya, nak jemput jiran-jiran, sedara-mara ke majlis hari jadi Yaya. Hajat mulanya nak buat dengan lebih meriah lagi, dengan pelbagai menu sesuai dengan majlis hari jadi kanak-kanak, nak masak sendiri bagai. Tapi disebabkan mamanya bleeding dan kandungan pun masih baru jadi buat ala kadar sahaja. nak amik katering pun orang tak mau ambil sebab esoknya nak raya haji dah. hehe
Jadi pakat gotong royong, buat bihun sup ayam, pulut kuning dengan kari ayam, cendol sagu, keropok-keropok sikit, biskut-biskut sikit, ais krim dan semestinya kek hari jadi Yaya. Memang simple, lain yang dari saya rancangkan. Itu pun siap kena "hingaq" dengan encik suami sebab gatal jugak nak buat cendol sagu walaupun badan tak berapa kuat lagi. hehe.
Yaya bergambar dengan Acu nya. Tengok kat tangan Yaya tu. Amik sesiap dah strawberrynya. ^_^ |
Ok, pasal kek Yaya pulak. Sebenarnya dari awal tahun dah plan dengan Yaya nak buat kek hari jadi dengan gambar Doc Mc Stuffin. Sesiapa yang tengok Disney Channel 613 pasti tahu siri kartun ini. Keudara setiap hari pada pukul 8.00 malam.
Permintaan dari Yaya, nak gambar Doc mc stuffin dengan kawan-kawan dia, Chilly, Haily, Stuffy, Lambdy dan beg doktor Doc Mc Stuffin. Jadi saya pun mula perah idea, pilih fresh cream vanila tak nak guna butter cream, sebab dah tentunya Yaya buat main klo plih butter cream. Fresh cream rasa ice cream, lebih ringan dan tak muak, rasa dan teksturnya nampak mewah serta sedap.
Strawberry memang wajiblah dalam birthday kek Doc Mc Stuffin Yaya ni. Sebab memang kegemaran Yaya. Lepas tu mamanya teruja lebih buat permintaan nak dua layer fresh cream disusun dengan hirisan strawberry dalam kek Yaya tu.
Menempek kat sebelah Acu dia je, mata duk renung buah-buah strawberry yang bersusun tu. Ada makna tu ^__^ |
Mula-mula awal tahun lagi saya yang lebih teruja, pergi berbincang dengan tuan punya kedai kek. Ha, dah agak dah. ramai yang tak tau siri kartun ni (terutama yang dewasalah). Lainlah kalau kartun doraemon ke, sailormoon ke, barbie ke, upin ipin ke ramai la yang kenal.
Jadi untuk mudahkan kerja saya reka kartun dan hiasan untuk kek yaya dalam perisian komputer dan kemudian printkan untuk ditunjukkan pada tuan punya kedai. Baru dia paham dan lukis kartun Doc Mc Stuffin hampir 80% sama dengan imej kartun Doc Mc Stuffin yang sebenar.
Inilah gambar idea kek hari jadi Yaya yang saya reka. Guna teknik "copy & paste" saja. Mudah kerja. |
Gambaran "double layer" kek harijadi Yaya. "Filling fresh cream" & juga susunan hirisan strawberry. |
Nak lukis kartun ni pun menurut kata tuan punya kedai sangatlah mencabar sebab saya menggunakan "fresh cream" sepenuhnya, maka terpaka buat satu kartun kemudian, sejukkan kembali dalam peti ais, kemudian keluarkan dan lukis Gang Doc Mc Stuffin yang lain dan masukkan kembali, dan proses ini diulang kembali hingga siap semua kartun Doc Mc Stuffin dilukis.
Hasilnya?!!!.
Memang berbaloi walaupun terlebih bajet RM70 hehe..LICINNNNN beb, siap orang menambah lagi, tak kira tua muda. Memang sedap sebab kek hari jadi yaya tu jadi tak berapa manis.
Tadaaa!!!!. Inilah Hasil keknya. Agak samakan kartunnya. Nak 100% sama kena upah yang betul-betul pro lah |
Nak tengok betul-betul sendiri kena "rotate" ye. hehe |
0 comments:
Catat Ulasan