Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Resepi Ayam Masak Kari Tak Pedas Untuk Anak

Resepi Ayam Masak Kari Tak Pedas Untuk Anak

Saya pernah cerita sebelum ni deria rasa kanak-kanak sebelum ni sangat tajam terutama bagi anak yang tidak pernah diberikan makanan ringan, minuman dan makanan yang mempunyai kadar gula, garam, perasa yang tinggi tanpa kita sedari hakikat disebalik label pada pembungkusan makanan.

Rasa pedas cili adalah sangat tinggi walaupun hanya sedikit yang kita gunaakn oleh sebab itu kanak-kanak tidak menyukainya berbanding apabila kita menambah sedikit serbuk lada putih atau hitam ke dalam masakan mereka.

Jadi hari ini saya nak berkongsi resepi yang membantu menambah variasi menu dan rasa dalam diet anak anda dan anak anda tidak akan menolakknya ^__^

Untuk membuat resepi ayam masak kari tak pedas, kita perlukan bahan utama iaitu serbuk kari organik. Serbuk kari organik ini mengandungi 100% herba-herba tulen tanpa pewarna dan pengawet seperti sunset yellow yang menyebabkan kanser dalam pewarna makanan dan dalam kebanyakkan produk serbuk kunyit yang dijual dipasaran. Serbuk kari ini juga tidak mengangdungi cili sebaliknya mengadungi serbuk lada hitam.

Oleh sebab itu, bagi sayur-sayuran, buah-buahan dan juga rempah ratus organik amat selamat diambil oleh pesakit kanser kerana tidak mengandungi racun, pengawet atau sebarang bentuk kimia sintetik (makmal) yang membuatkan sel-sel tubuh pesakit kanser lebih cepat merebak.

Selalunya apabila memasak kat dapur saya tak pernah sukat-sukat. Cara saya memasak adalah campak-campak je. Anggaran saya masak ni kebiasaannya untuk 3 kali makan (tengah hari, petang dan malam). Anak saya memang kerap mintak sendiri makan nasi waktu petang selain bekalan biskut, roti dan buah yang saya sediakan untuknya setiap hari.

Bahan-bahan Resepi Ayam Masak Kari Tak pedas

  • Bahan kisar (setengah biji bawang besar, 1 cm halia dan sebiji bawang putih dikisar halus)
  • Sedikit serbuk kari organik
  • Sebahagian isi ayam lebih kurang sebanyak 3-4 sudu makan
  • Setengah cawan brokoli diambil bahagian flossnya sahaja dan dicincang halus
  • Secawan air
  • Sedikit santan
  • Sedikit garam sebagai perasa semulajadi
  • Sedikit minyak masak untuk menumis

Cara Memasak

  • Tumis bahan kisar hingga naik bau
  • Masukkan sedikit rempah kari organik dan tumis lagi dalam 1-2minit - api kecil
  • Masukkan isi ayam dan gaul dalam 1 minit lagi, masukkan air dan kecilkan api.
  • Tunggu sehingga 20minit
  • Kemudian masukkan santan dan floss brokoli yang telah dicincang halus
  • Masak lagi dalam 5 minit
  • Tambah sedikit garam
  • Tutup api dan sedia dihidangkan

Tips berguna
  • Daging ayam perlu dimasak selama 20minit untuk mematikan kuman-kuman yang kebal pada antibiotik sekiranya anda menggunakan ayam selain dari ayam organik (ayam yang dijual dipasaran dicucuk dengan antibiotik dan bahan makanan juga ditambah antibiotik - walaupun ayam tersebut tak sakit)
  • Bahagian batang brokoli boleh menyebabkan angin (kembung perut)
  • Kebiasannya kanak-kanak lebih suka sekiranya brokoli dimasak sedikit lembik untuk menghilangkan rasa pedar/pahit semulajadi brokoli
  • brokoli kaya dengan kalsium dan baik untuk perkembangan minda
  • Santan mengandungi antioksidan
  • Kanak-kanak memerlukan lemak (kuantiti yang sesuai) untuk perkembangan minda dan tumbesaran mereka

---SELAMAT MENCUBA---


2 comments:

Tanpa Nama berkata... Reply Comment

sedap nya

Bali Tour berkata... Reply Comment

Kelihatannya sedap
Terima kasih atas resepnya :D

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry