Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

RESEPI SIAKAP STIM TOMYAM SEDAP UNTUK ANAK

RESEPI SIAKAP STIM TOMYAM SEDAP UNTUK ANAK 

Hari ini, saya hendak berkongsi resepi khas untuk menu anak-anak. Resepi siakap stim tomyam ni sangat mudah, cepat dan sedap. Dalam 15 minit tempoh masak dah siap untuk dihidangkan.

Resepi ni juga mudah sebab anda boleh gunakan apa yang ada dari peti ais rumah anda. Kalau ada atau rasa sesuai tambah, kalau tiada atau tiada yang sesuai tidak perlu ditmabah ke dalam masakan.

Ok, Ini resepinya.


Bahan-bahan Siakap Stim Tomyam Sedap

  • Ikan siakap (saiz ikut suka)
  • Bawang Merah (dihiris)
  • Daun Bawang (dipotong sepanjang satu jari, untuk amik perasa semulajadi sahaja)
  • Serai (dihirs kasar)
  • Daun Limau Purut (dikoyak-koyakan)
  • Sedikit Minyak
  • Sedikit Air (sebagai kuah nanti)
  • Sayur-sayuran yang sesuai (saya guna kacang buncis dan bunga kobis)
  • sedikit garam dan gula

Cara Memasak Siakap Stim Tomyam Sedap

  1. Bersihkan ikan dan kelar sedikit dikedua-dua bagian permukaan agar semua perasa semulajadi meresap masuk ke dalam isi ikan
  2. Letakkan sedikit bawang merah, limau purut, serai di atas bekas stim kemudian letakkan isi ikan diatasnya. Kemudian letakkan baki bawang, serai, dan daun limau purut beserta daun bawang di atas isi ikan, juga sayur-sayuran yang telah dipotong ikut kecil
  3. Tambah sedikit minyak masak supaya lebih berperisa dan menarik
  4. Taburkan sedikit gula dan garam
  5. Tambah sedikit air,
  6. Dan kukus dalam 5 minit. 
  7. Sedia untuk dihidangkan.
***SELAMAT MENCUBA*** 

Sharing Is Caring





0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry