Banyaknya Susu Ibu Saya
Ramai ibu-ibu baru mengeluh..
'macamana nak banyakkan susu badan ni, dah cuba macam-macam cara. Tapi susu badan tak banyak pun..'.
Ini adalah dilema biasa bagi ibu yang ingin menyusukan bayi.
Ada pulak yang dah tau awal-awal masa pantang masa susu tengah banyak. Perlu pam susu sekerap yang mungkin, untuk galakkan relactation dan sambil tu buat stok untuk persediaan keperluan susu bayi ketika ibu-ibu mula bekerja. Tapi, yang melalaikan ibu-ibu baru ni, bila tengok susu banyak, dia akan cakap,
'tak pe, susu aku banyak. Esok nak dekat-dekat keje baru pam la'..
ha, di sini la masalah bermula.
Selalunya, ibu-ibu yang tergolong dalam kumpulan buat stok last minit ini akan menghadapi masalah kekurangan stok susu ketika bayi tidak sampai 6 bulan lagi, tambah-tambah lagi jika anda bekerja dan kurang mengepam. Di mana di bawah usia 6 bulan, makanan utama bayi adalah susu ibu!!.. Mana nak cari kalau susu yang dipam tak dapat nak 'cover' stok susu dan akhirnya tak dapat nak tampung keperluan susu bayi-bayi mereka.
Melainkan ibu-ibu ini berusaha keras dan mempunyai semangat juang yang tinggi untuk menyusukan bayi masing-masing sehingga tempoh waktu yang mereka tetapkan. Stok susu ibu akan kembali banyak. Pedulikan cakap-cakap dan pendapat-pendapat negatif atau buah fikiran yang kurang bernas yang akan merencatkan hasrat dan usaha anda untuk menyusukan bayi anda, segeralah cari sumber yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran susu seperti dari pembacaan, sokongan moral, makanan berkhasiat, supplement untuk 'milk booster' dan lain-lain lagi. Sebabnya, apabila kita buat keputusan menyusu badan kita kena dan perlu bersedia dari segi mental dan fizikal.
Sebenarnya, ketika bayi masih dalam kandungan, anda sudah perlu membuat keputusan awal sama ada ingin menyusukan bayi dengan susu badan anda atau tidak. Pilihan di tangan anda. Sekiranya anda ingin menyusukan bayi, dari ketika mengandungkan bayi, ibu-ibu patut mula mencari sebanyak mungkin info mengenai penyusuan susu ibu sama ada dari pembacaan buku-buku, majalah, artikel berita, website mengenai penyusuan dan macam-macam lagi. Lagi banyak ilmu yang anda gali, anda akan jadi lebih bersedia dan berkeyakinan tinggi..Sebab itu, saya pernah beritahu kawan-kawan saya jika awak nak menyusu kene bersedia dengan ilmu, jika tidak kita akan terkandas di tengah jalan.
Kemudian, beritahu orang-orang yang rapat dengan anda mengenai hasrat penyusuan susu ibu selepas kelahiran bayi anda untuk mendapatkan sokongan moral dari mereka. Sokongan moral adalah penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu!! Orang yang paling utama tentulah suami anda. Kemudian beritahu orang yang akan menjaga anda dan bayi ketika pantang seperti ibu sendiri atau ibu mertua atau sesiapa sahaja yang menjaga anda ketika dalam pantang kelak. Kongsikan ilmu yang telah anda tahu kepada suami dan juga orang yang menjaga anda ketika berpantang. Hal ini adalah penting untuk mengelakkan salah faham atau lebih tepat lagi untuk elakkan berlaku pencanggahan pendapat dan tatacara penyusuan bayi yang berkemungkinan menyebabkan hasrat menyusukan bayi terbantut dan tidak berjaya.
Beritahu mereka dengan ayat yang paling lembut, dan anda juga boleh menggunakan cara lebih halus dengan membelikan mereka buku penyusuan susu ibu untuk ibu bekerjaya, samada sebagai hadiah ataupun anda boleh guna 'trick' ni. Letak buku tentang penyusuan ditempat yang sering mereka lepak, atau duduk berehat, atau buat-buat baca buku tersebut dengan khusyuk di hadapan mereka. Selamat berjaya!!!
OPPPSSS!!! ada sambungan lagi tau, saya akan sambung entry ini dikemudian waktu...
0 comments:
Catat Ulasan