Antara Limau Vitamin-C Saya dan Berpantang
Saya lahirkan anak sulung saya secara normal. Pelbagai perasaan ketika itu, yang penting kini saya sudah ada anak yang perlu disayangi dan dibesarkan dengan sempurna. Anak saya dilahirkan dalam keadaan sihat, beratnya 3.3kg dan tidaklah terlalu berasa sakit sewaktu bersalinkannya. Alhamdulillah, Allah beri saya rasai kesakitan melahirkan bayi saya walaupun rasa sakit itu seketika cuma.
Tetapi, saya mengalami pendarahan yang teruk walaupun bersalin secara normal. Doktor beritahu luka bersalin agak banyak. Saya terpaksa melalui 3 kali proses jahitan kerana darah masih tetap keluar walaupun telah dijahit dan diperiksa 2 kali oleh doktor pakar, dan proses jahitan yang ketiga doktor bawa saya ke bilik pembedahan setelah saya bersetuju dan menandatangani borang aku perjanjian dan diberi 'injection' ubat penahan sakit di bahagian tulang belakang saya, jadi saya langsung tidak berasa dan tidak sedar apa-apa semasa proses jahitan tersebut.
Ya, luka selepas bersalin saya agak banyak dan teruk. Segala pergerakan amat sukar sekali dan amat menyakitkan. Tetapi saya terpaksa bergerak untuk menjaga sendiri anak saya. Walaupun saya bersalinkan anak sulung, tetapi saya sudah mula menjaga dan menguruskan anak saya sendiri serta tidak terlalu mengharapkan bantuan emak, emak mertua dan suami sendiri. Di awal berpantang saya, langsung tidak boleh memakai benkung kerana ianya menyakitkan saya.
Kemudian saya teringat nasihat seorang nurse yang menjaga saya sepanjang saya ditempatkan dibilik pemerhatian selepas keluar dari bilik pembedahan tersebut. Jururawat tersebut berpesan pada saya agar makan buah limau sekurang-kurangnya dua biji sehari untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka. Lalu, saya ceritan pada suami dan hampir setiap hari suami akan membeli buah limau untuk saya. Waktu tu, saya pun tidak tahu bagaiamana buah limau boleh cepatkan proses penyembuhan luka. Sebenarnya, buah limau mengandungi vitamin C yang mana pengambilan vitamin C harian yang mencukupi dapat membanntu membina kolagen yang mengikat dan membaiki tisu-tisu badan lalu menyembuhkan luka-luka yang dialami oleh tubuh.
Semasa bulan pertama berpantang, saya berpantang dirumah mentua dan suami kembali bekerja setelah bercuti beberapa hari untuk menyambut kelahiran anak saya dan juga menguruskan urusan-urusan yang berkaitan dengan kelahiran permata hati kami berdua. Sepanjang beberapa hari tinggal di rumah keluarga mentua sewaktu berjauhan dengan suami, kerana ketika itu, suami saya perlu juga menjaga rumah yang kami duduki. Sepanjang tempoh itu juga bekalan buah limau saya semakin susut dan saya tersangat segan untuk meminta keluarga mentua membelikan buah limau untuk saya tambahan buah limau yang dibeli oleh suami bukan dimakan saya seorang, jadi buah limau di rumah cepat kehabisan stok. Akibatnya, saya mula mengalami sembelit, selama setengah jam saya duduk di tandas, nasib baik anak saya tidak meragam waktu itu dan kemudiannya membuatkan saya takut untuk ke tandas.
Nasib baik keluarga mentua memahami masalah saya lalu mereka belikan saya stok buah limau untuk saya, Alhamdulillah, masalah sembelit berjaya diatasi. Mereka juga menjaga saya dan anak saya (cucu sulung) dengan baik sekali sewaktu berpantang di rumah keluarga mentua. Setelah mengambil supplement Shaklee dan mengetahui kegunaan dan peranan vitamin dalam tubuh kita, saya terfikir alangkah bagusnya sekiranya sewaktu sebelum saya bersalin dahulu saya sudah mengenali produk Shaklee dan bolehlah saya menggunakan SET BERPANTANG yang lengkap dengan Zink dan Vitamin C yang mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin selain set ini juga dilengkapkan dengan B-complex dan Vitalea(multivamin) untuk memberi tenaga, meningkatkan kesihatan badan, menjaga kecantikan 'inner beaty' dan juga membantu menstabilkan emosi selepas bersalin. Oh, alangkah bagusnya!!!.
Tetapi tidak mengapa, saya ada peluang kali kedua. Apabila mengandungkan anak kedua kelak saya akan bersedia dengan supplement-supplement yang sesuai sewaktu mengandung, sewaktu berpantang dan juga sepanjang tempoh menyusukan anak kerana kini saya sudah tahu kelebihan Supplement Shaklee yang amat mementingkan kesihatan pengguna tanpa kompromi di mana, supplement keluarannya terbukti selamat, berkesan dan 100% semulajadi kerana bebas dari bahan kimia berbahaya dan sintetik setelah 80,000 kajian dilakukan setiap tahun untuk setiap produk keluaran Shaklee.
Jadi, saya bolehlah berpantang dengan ceria, tiada masalah sembelit, luka pun cepat sembuh dan saya lebih bertenaga sewaktu berpantang kelak. Tiada lagi masalah terlalu letih, tertekan sewaktu berpantang. Saya, berkata begini kerana saya sudah alami perbezaan sebelum mengambil supplement Shaklee dan selepas mengambil supplement Shaklee kerana saya tidak mempercayai kandungan jamu yang terdapat dipasaran walaupun saya tahu jamu itu bagus. Tambahan apabila saya selesema saya hanya lebihkan pengambilan vita-C shaklee kepada dua bij untuk melegakan selesema tanpa bantuan ubat klinik lagi. Saya sungguh seronok tidak perlu lagi mengambil ubat selesema yang mengantukkan dan menggangu urusan harian.
Saya mengambil supplement yang membantu meningkatkan tenaga saya, 'booster' kan susu badan saya dengan syarat saya mesti rajin minum air 3 liter sehari untuk memudhakan penyerapan vitamin dan juga membanyakkan susu serta kerap melakukan sesi mengepam apabila berjauhan dengan anak dan juga melakukan teknik 'power pumping' ditengah malam untuk menggalakkan pengeluaran susu badan saya. Kerana tanpa tenaga yang cukup agak sukar untuk saya komited dengan sesi mengepam yang saya akui agak memenatkan dan mengambil masa tambahan pula saya sememangnya memerlukan 'energy boost' kerana saya juga seorang ibu bekerjaya dan jua melakukan kerja rumah sendiri walaupun dibantu suami dan juga perlu menguruskan anak, melayan anak dan suami.
Sustained Release Vita-C Kegemaran Saya |
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Hubungi saya, Atiqah Aziz di 012-5770682 atau emel ke atiqahaziz84@gmail.com untuk dapatkan harga (RM) setiap set dan sebarang tempahan.
Dapatkan juga konsutasi percuma apabila anda membeli produk shaklee dari saya pada bila-bila masa anda perlukannya!!.
0 comments:
Catat Ulasan