Atasi Ruam Lampin Bayi Dengan Vitamin E Shaklee
Hai. Hai. Lama tak cerita kat sini. Baru-baru ni saya sibuk seharian suntuk dengan Blood Sugar Pressure Test (BSP test), al-maklumla mama Yaya tiap kali mengandung ada kencing manis. Huhu. Lepas tu pulak kesihatan tak berapa baik, terlalu letih dan juga sibuk jaga Cik Yaya, dia terkena ruam lampin. Huhu.
Kulit Yaya sensitif, tambahan sebelum ni dia ada masalah eczema. Selalunya kalau terlambat tukar pampers, hanya sedikit merah dan selepas sapu Herbal Blend Multipurpose Cream Shaklee, esoknya kesan merah tu sudah tiada.
Tapi sekarangkan tengah kemarau. Hujung minggu lepas pulak kami balik ke kampung saya. Rumah mak saya tiada air-cond. Jadi memang agak tak selesa Cik Yaya tidur dua malam di kampung saya. Panas dan berpeluh. Tapi pampers memang kerap tukar la 4-5 kali sehari tak campur dengan salin pampers masa dia poo-poo.
Cik Yaya ni walaupun nak masuk 4 tahun masih pakai pampers lagi. Dia selesa begitu. Sesekali mood dia tak nak pakai pampers ikutkan saja. Yaya masih dalam fasa peralihan dari pakai pampers ke tak pakai pampers. Agak perlahan sikit peralihannya sebab mama Yaya tengah sarat, tak larat nak kawal Yaya keluar masuk bilik air selalu.
Lepas tu masa kami balik ke Pulau Pinang, masa singgah untuk sembahyang di hentian rehat, mama terlupa la pula nak salinkan pampers Yaya, selalu mama ingat. Maafkan mama sayang. Abah dia??..lagi la mana nak ingatkan mama dia ni. huhu. Kebetulan hari kami balik tu merupakan hari pertama Jambatan Kedua Pulau Pinang dibuka kepada orang ramai. Tol adalah percuma selama sebulan sahaja.
Abah Yaya teringin nak lalu jambatan kedua tu. Ikutkan sahajalah, tambahan pula Cik Yaya nak pergi Akuarium Penang, sejalankan. Jadi redah sajalah. Mana nak tahu, atas jambatan kedua Pulau Pinang tu lalu lintas sangat perlahan. Jadi sampai rumah selepas singgah di sana sini, dah masuk waktu maghrib.
Abah Yaya teringin nak lalu jambatan kedua tu. Ikutkan sahajalah, tambahan pula Cik Yaya nak pergi Akuarium Penang, sejalankan. Jadi redah sajalah. Mana nak tahu, atas jambatan kedua Pulau Pinang tu lalu lintas sangat perlahan. Jadi sampai rumah selepas singgah di sana sini, dah masuk waktu maghrib.
Bayangkan dari pukul 10 Yaya mandi tak salin pampers sampai maghrib. Huhu. Mama dengan abah yang salah sebab terlupa. Selalu mama Yaya ni sikit punya cerewet, asyik salin pampers anak je. huhu. Esoknya muncullah ruam lampin pada punggung Yaya. Waaaaaaaa...mama sedih. Kesian anak mama.
Empat hari pertama mama gunakan Herbal Blend Cream sapu pada punggung Yaya. Tapi disebabkan Herbal Blend Cream tu tiada steroid jadi proses melegakan tu agak lambat. Punggung Yaya masih merah dan gatal. Abah Yaya bising dah nak bawak Yaya pergi klinik. Masalahnya anak awak tu dah tau malu. Dia malu doktor nak periksa punggung dia. Huhu.
Jadi hari kelima, mama Yaya guna alternatif lain. Kesian anak mama ni. Tak selesa, sakit, gatal semua ada. Walaupun memang tak pakai pampers sementara kecuali waktu tidur sahaja. Jadi saya sapukan pada kulit yang rengsa tu dengan satu kapsul Vitamin E Complex Shaklee.
Nak tau apa jadi?
Kulit Yaya yang merah, luka, pedih dan rengsa tu menggelupas. Tapi kesan rengsa tu semakin berkurang. Dan Yaya kelihatan lebih selesa. Dan dah tentu saya mintak Yaya banyak habiskan masa dalam bilik (sebab ada air-cond). Setiap kali salin pampers saya akan sapukan Vitamin E Shaklee pada kulit Yaya dan kulit yang rengsa dan gatal dan agak tebal teksturnya akibat digaru menjadi semakin nipis dan lembut semula. Warna kulit pun semakin sekata semula. Yaya semakin selesa dan riang aktif seperti biasa balik. Dia sendiri ingatkan mama dia salin pampers selalu dan mintak sapukan dengan vitamin E.
Alhamdulillah. Bila kesan merah berair tu dah kering dan tak buat Yaya rasa gatal dan tidak selesa lagi, saya sapukan semula herbal blend multipuspose cream. Hari ni hari kedua, bekas ruam Yaya disapu dengan Herbal Blend Cream. Kulitnya yang hanya tinggal sedikit kesan merah namun tidak gatal dah semakin beransur-ansur pulih. Lagi satu dua hari bila kesan merah tu dah sembuh sepenuhnya, saya akan sapukan balik vitamin E pada bekas gatal tu untuk hilangkan kesan parut gatal pada kulit Yaya.
7 Kebaikan Vitamin E Complex Shaklee Dalam Mengurangkan Ruam Lampin Bayi
- Bersifat minyak - bertindak sebagai pelembap dan mengurangkan kesan geseran pada kulit
- Mengurangkan kegatalan dan alergi
- Membantu menghilangkan kesan parut
- Mencantikkan dan menghaluskan tekstuk kulit
- Vitamin E Shaklee adalah semulajadi, tidak berasaskan bahan kimia berbahaya jadi selamat dan terjaga kebersihannya untuk kegunaan luar bagi kanak-kanak
- Vitamin E membantu meningkatkan kesuburan bagi lelaki dan perempuan. Jadi tidak merbahaya walaupun digunakan dibahagian intim. Tidak seperti bedak yang mana habuk bedak yang melekat di kawasan vagina boleh menyebabkan risiko kanser
- Vitamin E boleh disapu terus pada luka dan tidak memedihkan
7 Kebaikan Herbal Blend Multipurpose Cream Dalam Mengurangkan Ruam Lampin Bayi
- Sesuai digunakan untuk kesan ruam
- Sesuai digunakan untuk masalah eczema
- Melembutkan kulit yang kasar
- Membantu menghilangkan parut
- Membantu masalah kulit gatal
- Sesuai digunakan untuk memperbaiki luka kecil
- boleh digunakan sebagai losyen harian untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak hingga dewasa
1 comments:
Info yang menarik untuk merawat ruam lampin. Selain itu, kita juga harus berhati-hati dengan susu formula yang diberikan kepada anak kerana ada produk-produk susu formula yang boleh menyebabkan alahan kulit. Alahan kulit boleh meningkatkan risiko mendapat ruam lampin dengan lebih kerap. Sebaik-baiknya, kita memberikan susu badan kepada anak kita.
Catat Ulasan