Antara tips saya menjayakan penyusuan sepenuhnya sehingga lebih 2 tahun adalah bukan sahaja berkat sokongan suami. Malah suami turut rajin membantu menguruskan hal-hal berkaitan dengan anak dan juga urusan rumah tangga. Tapi ramai yang tidak tahu, pada awalnya suami saya bukanlah serajin ringan tulang seperti hari ini.
Hidup suami isteri perlu ada 'Give And Take'. Istilah memanjakan suami bak raja tidak lagi praktikal di zaman serba mendesak kini.
Awal perkahwinan semuanya indah, ramai isteri yang ketika ini masih mampu tersenyum melakukan semua pekerjaan di rumah seperti memasak, mengemas dan mebersihkan rumah, mencuci bilik air, mencuci dan melipat pakaian dan sebagainya dan isteri juga merupakan seorang wanita bekerjaya. Suami masih boleh kita layan sepenuhnya.
Apabila sudah ada anak. Anda dan pasangan kini mula menghadapi cabaran fasa kehidupan yang baru. Perhatian kini berbahagi. Masa juga semakin terbatas. Ada suami yang memang ringan tulang tidak mengapalah. Jika dapat suami yang masih berlagak seperti raja atau buat-buat tak nampak kekalutan dan kepenatan isteri itu memang tak patut, memang sadis.
Ada juga suami yang memang tidak tahu sangat membantu hal-hal rumah tangga disebabkan didikan keluarga yang membezakan cara mendidik anak lelaki dan perempuan. Yang mana anak lelaki tidak dititikberatkan untuk membantu menyelesaikan urusan rumah tangga. Jadi macamana suami ini nak faham bebanan yang ditanggung oleh isteri.
"Isteri perlu redha. Setiap pekerjaan akan dibalas pahala oleh Allah s.w.t". Adakah wajar sekiranya suami menyerahkan bulat-bulat semua tanggungjawab kepada isteri. Sedangkan suami lepas tangan sahaja. Atau suami sebenarnya seorang lelaki yang lembik, tidak tahan cabaran dan tidak boleh melakukan 'Multi Task'?.
Adakah kaum perempuan melahirkan lelaki untuk menghasilkan anak sahaja? Nak kata tanggungjawab lelaki sudah berat kerana mencari nafkah, adalah tidak relevan lagi kerana rata-rata kaum perempuan kini juga bekerja dan menyumbang sebahagian besar gajinya untuk kebahagian keluarga.
Cara Minta Tolong Suami Supaya Rajin Membantu Di Rumah
Macamana caranya? sedangkan ego suami a.k.a lelaki ni biasanya tinggi melangit. Sedangkan kadangkala lelaki ni bukannya betulpun setiap masa. Pertama sekali kena ubah dulu perangai orang perempuan ni iaitu:
1. Terlalu cerewet
2. Tidak mengharap bantuan suami (terlalu berdikari)
3. Tidak puas hati dengan hasil kerja suami
Jadi bila suami bantu isteri janganlah banyak komen atau mahu komen ketika itu juga. Puji dulu bantuan yang telah suami hulurkan. Buat-buat pejam mata sahajalah yang mana kekurangan / tak teliti hasil kerja yang dia buat. Lelaki ni biasalah tidak suka meremehkan hal-hal yang simple. Lagipun, kerja rumah takkan pernah habis sampai la kita tua berkedut suatu hari nanti. Asalkan dia buat kerja, ringan beban kerja kita sudahlah. Lagi mahu bising-bising buat apa?
Sekiranya mahu tegur, tegur di hari lain. Melainkan kesilapan yang dia lakukan agak serius. Hehe. Kemudian, selalu-selalulah minta tolong suami walaupun perkara itu mudah. Seperti, basuh berak anak, bagi makan anak, jemur baju dan kemas rumah. Percayalah, baru suami kita tahu tugas-tugas di rumah juga memenatkan seperti di tempat kerja.
Suami saya sendiri pernah beritahu yang dia sendiri tidak percaya macamana saya boleh lakukan semua ini (menyusu, bekerja, jaga anak, urusan rumah tangga, menguruskan stok ebm) sedangkan dia sendiri adakala rasa sangat penat dan tak mampu.
Bila dah cuba buat, barulah biasanya suami ini tahu kekalutan dan kepayahan kita dan sanggup bekerjasama dengan isteri menguruskan anak-anak dan juga rumah tangga.
Bila dah cuba buat, barulah biasanya suami ini tahu kekalutan dan kepayahan kita dan sanggup bekerjasama dengan isteri menguruskan anak-anak dan juga rumah tangga.
Bila suami banyak tolong saya, rasa kasih tu semakin menebal. Hehe. Bila suami banyak tolong saya seperti jaga anak, saya sempat simpan susu beku, pam susu, mandi, makan, buat monthly closing, dengar webinar Ireach , berehat seketika dan lain-lain perkara lagi . Bila suami bantu saya basuh semua peralatan menyusu dan makanan bayi, saya ada masa berbaki untuk luangkan masa bersama anak atau anak dapat menyusu dengan tenang dan sekenyang-kenyangnya
Jika mahu menjayakan penyusuan hingga dua tahun atau lebih, selalulah bercerita, kongsi masalah, kongsi ilmu dengan suami. Percayalah, kita lihat suami kita seperti tak ambil berat atau peduli, tetapi bila tiba masanya dia boleh jadi tulang belakang yang kuat bila kita menghadapi saat-saat sukar.
Saya tidak pernah sangka suami saya merupakan penyokong tegar saya dalam menjayakan penyusuan sehingga dua tahun dan lebih. Saya tak sangka, dia sanggup, usaha memenuhi keperluan-keperluan saya untuk menyusukan anak (bukan sumbangan duit semata-mata). Semuanya bukan mudah, hasil tidak akan tercapai jika kita tidak berusaha bersungguh-sungguh.
Suamikan sayang isteri. Jika dipujuk setiap hari pasti cair umpama ais kacang yang mencair.
0 comments:
Catat Ulasan