Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia
Memaparkan catatan dengan label Anak Demam Malam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anak Demam Malam. Papar semua catatan

Kenapa Anak Saya Demam Dan Ketahui Tips Turunkan Suhu Badan

Kenapa Anak Saya Demam Dan Ketahui Tips Turunkan Suhu Badan

Demam adalah perkara biasa yang dialami oleh semua peringkat umur. Kebiasaannya demam ini menandakan antibodi tubuh sedang melawan virus yang menyerang tubuh. Janganlah kita terlalu risau apabila anak demam. Allah sudah mencipta manusia dengan sistem pertahanan tubuh yang terbaik berbanding sistem pertahanan ketenteraan yang dicipta manusia.

Biasanya suhu tubuh akan meningkat supaya untuk merencatkan penetasan telur-telus virus atau bakteria dari berevolusi dengan sel-sel tubuh dan menjadikan sel-sel virus atau bakteria ini lebih kebal dan kuat.

Kebiasaannya virus yang menyebabkan demam adalah selesema dan sangat sedikit kes yang melibatkan salur kencing pada kanak-kanak. Jangkitan yang lebih serius adalah seperti meningtis tetapi kes ini juga amat jarang berlaku. Selain itu juga, bayi juga boleh demam selepas mendapat suntikan vaksin (biasanya dalam tempoh 3 hari hingga seminggu).

Suhu tubuh bayi dan kanak-kanak juga boleh meningkat apabila dipakai pakaian atau selimut terlalu tebal. Apabila terlalu lama berada di luar dan terdedah pada panas matahari dan juga pengudaraan yang tidak baik dalam rumah juga mengakibatkan suhu tubuh bayi dan kanak-kanak meningkat.



Suhu Demam dan Jenis Demam

Walaupun tidak perlu risau ketika anak demam, ibu bapa harus terus memantau suhu demam anak dan berwaspada sekiranya ada tanda-tanda lain yang bakal menyusul. Biasanya suhu diperiksa samaada melalui ketiak ataupun telinga. Suhu demam dalam kawalan iaitu dibawah 37.3oC - 38.0oC dikira demam biasa atau sedikit.

Sebaliknya apabila suhu bacaan demam mencatatkan 38.0oC  hingga 39.0oC adalah demam yang agak panas (tetapi masih boleh dikawal) dan 40.0oC hingga 41.0oC darjah celcius adalah merupakan demam tinggi dan perlu terus dirujuk ke hospital. Hati-hati, anak demam yang tidak dipantau dan dikawal suhunya akan menyebabkan kesan sampingan seperti sawan, kecacatan otak dan kancing gigi.

Suhu Badan Normal => 36.7oC
# Suhu Demam Biasa 
   => Diperiksa melalui ketiak ialah dari 37.3oC
   => Diperiksa melalui oral ialah dari 37.8oC
   => Diperiksa melalui rektum ialah dari 38.3oC
# Suhu Demam Tinggi => 40.0oc - 41.0oC 
   (kes kecemasan dan perlu dirujuk ke hospital pada kadar segera)

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry