Ramai sebenarnya yang mengeluh, yang runsing apabila bayi yang diberi susu ibu sepenuhnya tidak naik berat badan sepertimana jangkaan ibu. Memang agak sedih. Tapi benarkah seperti kata-kata sinikal bahawa susu ibu tiada kualiti?.
Jika begitu kenapa warga seluruh dunia termasuk Malaysia kini begitu bersungguh-sunguh menyokong dan membantu ibu-ibu menjayakan penyusuan susu ibu sepenuhnya?
Sebenarnya susu badan manusia ni sangat berkhasiat untuk anak manusia. Kalau kata susu ibu tak berkhasiat langsung sebabnya tak seperti susu formula. Susu formula yang kita nampak khasiatnya terpampang pada pembungkusannya. Susu badan tiada "packaging", itu yang ramai main cakap susu ibu tiada khasiat. Jika macam tu buat apa Allah cipta susu ibu. Sendiri fikirlah.
Jadi apa masalah sebenar bayi tak naik berat ni?




























