Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Bayi Tak Naik Berat Badan Sebab Susu Ibu Tidak Berkualiti

Ramai sebenarnya yang mengeluh, yang runsing apabila bayi yang diberi susu ibu sepenuhnya tidak naik berat badan sepertimana jangkaan ibu. Memang agak sedih. Tapi benarkah seperti kata-kata sinikal bahawa susu ibu tiada kualiti?.

Jika begitu kenapa warga seluruh dunia termasuk Malaysia kini begitu bersungguh-sunguh menyokong dan membantu ibu-ibu menjayakan penyusuan susu ibu sepenuhnya?

Sebenarnya susu badan manusia ni sangat berkhasiat untuk anak manusia. Kalau kata susu ibu tak berkhasiat langsung sebabnya tak seperti susu formula. Susu formula yang kita nampak khasiatnya terpampang pada pembungkusannya. Susu badan tiada "packaging", itu yang ramai main cakap susu ibu tiada khasiat. Jika macam tu buat apa Allah cipta susu ibu. Sendiri fikirlah.


Tak, Cukup, Susu, Badan, Ibu, Formula, Tepung, Kebuluran, Kurus, Susut, Tiada, Khasiat, Cukup, Zat



Jadi apa masalah sebenar bayi tak naik berat ni?



Sebenarnya tumbesaran bayi yang diberi susu ibu tidak boleh disamakan dengan bayi yang diberi susu formula. Walaupun kementerian kesihatan telah menukar carta tumbesaran kanak-kanak sejak 2005, yang mana kali ini tumbesaran bayi yang menyusu ibu sepenuhnya menjadi contoh.

Tetapi masih ramai doktor dan jururawat yang masih terikut-ikut carta tumbesaran yang lama. Dan maafkan saya, sebenarnya masih ramai orang yang dalam bidang kesihatan tidak benar-benar arif mengenai penyusuan susu ibu dan juga bayi susu ibu.  Sebab kita dimomokkan dengan media barat sejak ratusan tahun yang lampau bahawa susu tepung formula lebih bagus. Dan juga iklan-iklan yang berleluasa mengenai "bagusnya" susu formula ini.

Perbezaan bayi yang menyusu badan sepenuhnya dengan bayi yang minum susu formula adalah; penggunaan puting. Bayi sejak selepas dilahirkan menyusu melalui payudara ibunya yang mana bayi minum secara "On Demand" dan berhenti apabila sudah kenyang. Aliran susu yang keluar dari puting ibu mengikut rentak hisapan mulut bayi, sama ada lapar, atau mahukan snack atau ingin hilangkan dahaga sebenarnya memberikan masa kepada otak bayi menerima isyarat kenyang dari perut bayi.

Penggunaan puting tiruan pula biasanya rentak aliran sama sahaja walaupun banyak puting yang ada di pasaran kini adalah peristaltic nipple. Ianya tetap tidak dapat menyamai 100% puting payudara sebenar ibu. Jadi bayi yang minum susu formula sedari awal sebenarnya cenderung untuk minum lebih dari yang diperlukan kerana perut tidak sempat menghantar isyarat kenyang ke otak.

Berbalik pada bayi susu ibu tadi, bayi biasanya akan naik berat sekurang-kurangnya 500gm sebulan sehingga berumur 4 bulan. Setelah 4 bulan biasanya berat bayi akan statik ataupun naik kurang dari 500gm. Situasi ini tidak perlu dibimbangkan kerana bayi telah menyusu ikut keperluannya dan juga apabila bayi berumur lingkungan 4 hingga 6 bulan bayi mula aktif dan menyusu bukanlah aktiviti utamanya seperti bulan-bulan awal selepas kelahirannya.



Tanda-Tanda Bayi Mendapat Cukup Susu

Selain itu anda juga tidak perlu bimbang apabila anda telah memerhatikan sikap dan tingkah laku anak anda:
  • Cergas
  • Aktif
  • Pampers basah minimum 6 kali sehari
  • Najis kuning dan agak lembik dan mempunyai sedikit ketul-ketulan kecil seperti butiran nasi
  • Tidak meragam
  • Berselera Makan (walaupun begitu bagi bayi berumur dua tahun susu ibu masih lagi yang utama berbanding makanan)
  • Menyusu kerap antara 2 hingga 3 jam sekali
  • Telah dipastikan anak mendapat hindmilk iaitu susu akhir
  • Telah diberikan makanan yang berkhasiat mengikut perkembangan umurnya
  • Diberi makan antara 2-3 kali sehari
  • Kulit anjal dan lembap
  • Sihat dan jarang jatuh sakit


Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.



Ibu-ibu jangan risau dengan kualiti susu ibu anda sekiranya anda benar-benar menjaga kualiti pemakanan seimbang dan berkhasiat dan disertai dengan supplement untuk melengkapkan keperluan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh wanita yang menyusukan anak.

Hati-hati, jangan terlalu gembira, bayi yang berisi tidak semestinya sihat dan bayi yang kurus itu tidak semestinya tidak mendapat cukup khasiat susu ibu secukupnya. Anda juga perlu tahu bahawa bayi yang minum susu tepung lebih cenderung untuk mendapat obesiti kekal berbanding susu ibu kerana susu tepung biasanya ditambah gula dan juga mengandungi kepadatan kalori yang tidak seiring dengan tumbesaran bayi serta tidak mudah dihadam.

Susu, Formula, Cara, Naikkan, Berat, Bayi, Perbezaan, Ibu, Badan, Gemuk,


Uniknya susu badan, khasiat dan keperluan kalori adalah seiring dengan pertumbuhan bayi tersebut. Susu badan juga mudah dihadam maka tiada sisa yang akan ditinggalkan menjadi lemak tidak berguna kepada bayi. Malahan bagi bayi yang menyusu badan dalam tempoh yang lama mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat obesiti dan penyakit-penyakit lain disebabkan obesiti



Lebih, Baik, Susu, Badan, Tepung, Nutrisi, Berkualiti, Mengandungi, Fakta, Beza, Perbandingan


Adalah tidak wajar kita perlu mengikut 100% carta tumbesaran kanak-kanak kerana hanya sebahagian bayi susu ibu yang digunakan sebagai model carta tumbesaran. Sedangkan ada pelbagai ragam dan bentuk bayi diseluruh dunia ini. Setiap bayi adalah unik tumbesarannya mengikut genetik yang ada dalam dirinya merangkumi bangsa, kaum, dan corak pemakanan mereka.



Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan from iReach HD on Vimeo.




SID, ID, 882854, PENANG, SEBERANG, PERAI, UTARA, TENGAH,SELATAN, KEPALA, BATAS, SHAKLEE, BEBAS, JAYA,PERMATANG, PAUH, PERMATANG, SUNGAI, DUA, BULUH,BULOH, COD, PENGHANTARAN, PRODUK, VITAMIN, SUPPLEMENT

Pengedar Sah Shaklee: Atiqah Aziz | ID:882854
SMS / Whatsapp: 012-5770682
PM Facebook: Atiqah Aziz

0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry