Multivitamin Lindungi Kesihatan Kanak-Kanak Dari Teruk Melarat
Memang agak mencabar awal tahun ini, sejak Yaya mula bersekolah. Setelah dua minggu bersekolah, bermulalah episod, setiap seminggu atau dua minggu Yaya kena selesema dan batuk. Simptomnya sama setiap kali. Hari ni elok, esoknya dia akan bersin seharian, hidung merah dan berair dan keesokkannya dia demam. Dan agak merisaukan setiap kali macam tu dia akan demam.
Timbul dibenak, apakah supplement Shaklee yang saya bagi sebelum ini tidak berkesan? Banyak doktor pakar kanak-kanak kami dah jumpa. Semua jawapan adalah sama. Yaya tetap berulang selesema batuk dan diselang seli dengan coaxsackie dan juga demam campak.
"Rumah adalah tempat paling selamat, tetapi dia perlukan pendedahan kepada persekitaran untuk membina imun yang lebih kuat"
Semua doktor pakar kanak-kanak yang kami jumpa memberitahu hal yang sama. Ia adalah perkara normal apabila kanak-kanak yang sebelum ini dijaga di rumah, tidak dikelilingi ramai kanak-kanak setiap hari mula bersekolah. Keadaan yaya yang kerap dijangkiti virus selesema dan batuk tidak membahayakan jika keadaan terkawal dan membina sistem imun yang lebih kuat selepas ini



























