"Mama" .."mama, tengok Art Attack dah start". Anak sulung saya memang suka menonton rancangan Art Attack. Dan dia juga kreatif. Mungkin hasil dari kebaikan konsisten makan Omega Guard dan Shaklee semenjak dia berumur setahun setengah.
Bagus la cerita Art Attack ini. Anak saya sampai kelam kabut kemas permainan dia semata-mata nak tumpukan perhatian tengok tugasan Art Attack. Saya pun layan juga dia menonton siri asah kreativiti minda anak-anak ni.
Contoh hari tu episod membuat rumah idaman dari bahan-bahan terbuang. Saya cakap pada si anak agar kita membuat rumah idaman seperti itu bersama. Seronok sungguh si anak. Terpancar cahaya kegembiraannya dari wajahnya yang polos. Terasa sedih, selama ni ada masanya saya sedikit terabaikan si anak sulung sejak mendapat si adik.
Apabila si adik tidur, kami mulakan aktiviti Art Attack versi kami sendiri.
Saya lukiskan dasar rumah idaman, Yaya buat penambahan. Saya bantu yaya menggunting manila kad. Dia sangat seronok. Kami mewarnakan tingkap, pintu rumah idaman kami bersama-sama. Melukis para penghuni ruma idaman kami bersama-sama. Si kucing Bobby turut ada bersama. Terasa bahagianya rumah idaman Yaya.
Saya lukiskan dasar rumah idaman, Yaya buat penambahan. Saya bantu yaya menggunting manila kad. Dia sangat seronok. Kami mewarnakan tingkap, pintu rumah idaman kami bersama-sama. Melukis para penghuni ruma idaman kami bersama-sama. Si kucing Bobby turut ada bersama. Terasa bahagianya rumah idaman Yaya.
Abah turut membantu. Abah tolong guntingkan tingkap rumah dan pokok, bunga untuk ditampal oleh Yaya. Ya, Yaya sangat seronok dapat bermain dengan Mama dan Abah. Hinggakan dia berkata "Yaya seronok main dengan Abah dengan Mama, esok kita main sama-sama lagi nak". Oh sunggun naif dan jujur wahai anak syurgaku.
Luangkanlah sedikit masa kita bersama anak-anak. Turunkanlah ego kita. Kerana apabila mereka besar kemudian hari kita akan tertinggal momen-momen indah mereka sewaktu kecil. Alangkah ruginya.
Nantikan entry Tanah Liat Murah Yaya Tepung Mama
0 comments:
Catat Ulasan