Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Menakjubkan Susu Badan Tak Kurang Lagi Bila Demam

Pengalaman menyusukan anak selama empat tahun bukan jangka masa yang pendek. Banyak pahit manis masin masam. Yang paling sinonim susu banyak dan susu badan drop. Sebelum ni biasanya susu badan saya berkurang disebabkan saya sakit seperti demam dan gastrik, stress dan letih melampau.

Sebelum ni juga asal sakit demam batuk selesema dan gastrik je saya dapatkan ubat dari klinik. Dan doktor akan beri ubat yang berdos rendah dan selamat untuk ibu menyusu. Tapi malangnya, saya dan ubat umpama lawan. Mesti pengeluaran susu ibu berkurang banyak hingga hanya dapat 1oz je. Ah, sedih bila diingat kenangan lalu. T__T
Lepas kenal produk Shaklee, lepas belajar kepentingan vitamin dan mineral, lepas tahu bagaimana ubat tu bertindak, maka kini kalau setakat demam batuk selesema sikit-sikit tu memang saya tak makan ubat. Kawan tanya ada stok panadol, memang saya takde stok. Tapi kalau tanya omega guard ke B Complex ke Ostrematrix ke kalau sakit kepala memang saya ada. hihi.


 Ibu Sedang Sakit Masih Menyusukan Bayi



Rahsia Susu Badan Tak Berkurang Ketika Demam

Kita demam sebab antibodi tubuh sedang melawan bakteria, virus dan parasit yang menyerang sistem imun tubuh. Sistem imun pula perlu sentiasa diperbaharui. Dan sistem imun yang kuat diperolehi dari cukupnya  vitamin dan mineral yang kita dapat dari sumber makanan yang kita makan hari-hari.

Justeru, apabila kita diserang penyakit seperti selesema, suhu badan akan meningkat untuk melemahkan kekuatan kuman jahat dan juga melambatkan pembiakan sel-sel kuman jahat dalam tubuh.

Oleh itu, apabila kita jatuh sakit tubuh memerlukan bantuan tambahan untuk melumpuhkan kekuatan kuman jahat. Maka kita memerlukan vitamin dan mineral yang cukup untuk meningkatkan sistem imun.

Multivitamin, vitamin C, Omega Guard dan Garlic Complex merupakan agen sistem imun yang baik ketika anda sedang demam selesema dan batuk. Pengambilan tambahan supplement-supplement ini dapat mempercepatkan proses penyembuhan penyakit.

Makan pula sup ayam yang ditambah selabu bawang putih dan halia. Memang sangat membantu hidung dan tubuh anda lebih selesa. Bawang putih, halia, rempah sup merupakan agen anti-parasit. Juga membantu memanaskan badan. 

Untuk keselesaan tekak pula minum pati delima. Alhamdulillah petangnya saya dah sihat sikit. Hidung berair pun dah berkurang. Hari ni dah sembuh demam walaupun malam-malam minggu tak cukup tidur disebabkan anak naik akal.

Susu badan pula macam biasa tak berubah pun. Kalau nak tahu saya rasa seronok sebab tengah demam pun masih lagi susu dari sebelah payudara lagi meleleh ketika menyusukan anak. Keesokkan harinya saya masih dapat mengumpulkan stok EBM segar seperti biasa untuk keperluan bayi saya keesokkan harinya





Fakta Anak Menyusu Badan Tak Berjangkit Selesema

Oh, saya tak bimbang pun takut anak berjangkit selesema dan batuk dari saya. Bukan saya cakap besar tapi ini semua kuasa Allah S.W.T. Allah dah jadikan cukup istimewa khasiat yang terkandung dalam susu ibu ini. Apabila ibu sedang sakit kuasa antibodi bertambah untuk melawan penyakit, dan antibodi merupakan antara khasiat yang terkandung dalam susu ibu.

Maaf, apa yang saya beritahu ini bakal kecilkan hati ibu-ibu lain. Tiada niat lain sekadar berkongsi cerita.

Apabila ibu sakit, bayi mendapat kekuatan tambahan antibodi dari susu ibu yang melindungi dirinya dari mudah dijangkiti virus selesema dan batuk dari ibu sewaktu "bonding". Disebabkan itu kedua-dua anak saya, Allahamdulillah, bayi saya hanya demam setengah hari sahaja dan pulih cepat seperti sediakala hasil daripada kerap menyusukan anak.

Tapi dalam susu formula tiada antibodi.


 Khasiat Susu Ibu Yang Terlalu Penting Untuk Bayi


Ditambah pula, susu badan saya sememangnya berkualiti disebabkan saya mendapat lengkap vitamin dan mineral dari pengambilan Set Menyusu Tripple M. Dan diperhebatkan kualiti susu ebm saya dengan tahap antibodi yang tinggi dengan mengambil ekstra Multivitamin, vitamin C, Omega Guard dan Garlic sewaktu sedang demam selesema.


Perbezaan Ketara Kebaikan Susu Ibu Yang Sangat Banyak Dari Susu Formula


Pelajari khasiat sumber alami dan anda dan keluarga lebih sihat dan ceria. Lebih baik mencegah dari merawat. Bila anda sedang mengalami keadaan susu sikit semasa sedang tidak sihat baru anda tahu kenapa saya menolak ubatan dan memilih untuk ambil vitamin dan mineral tambahan kerana sel-sel tubuh terdiri daripada vitamin dan mineral. Ibarat kereta, kurang minyak hitam tak lancarlah perjalanan anda.




SID, ID, 882854, PENANG, SEBERANG, PERAI, UTARA, TENGAH,SELATAN, KEPALA, BATAS, SHAKLEE, BEBAS, JAYA,PERMATANG, PAUH, PERMATANG, SUNGAI, DUA, BULUH,BULOH, COD, PENGHANTARAN, PRODUK, VITAMIN, SUPPLEMENT

Pengedar Sah Shaklee: Atiqah Aziz | ID:882854
SMS / Whatsapp: 012-5770682
PM Facebook: Atiqah Aziz

1 comments:

Dila Gebu berkata... Reply Comment

hooo, tapi kalau demam, kena jaga makan, dan jaga kesihatan

JOM SERTAI TONTON DAN MENANG SIRI 2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry