Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Resepi Makanan Pepejal Bayi 7 bulan

Abu Ayyub dah umur 7 bulan. Masalah sembelit bayi pun dah dikenal pasti. Maka Next Step adalah percubaan beri puri broccoli pada Abu Ayyub.

*Peringatan! Ini cara saya, jangan kondem-kondem ☆_☆

Mula-mula saya pecah-pecahkan secara kasar brokoli tu dan rendam dalam 1-2 titik Basic H yang dicampur dalam sebesen air. Tujuannya adalah umtuk tanggalkan sisa-sisa habuk dan racun kimia pada sayuran dan buah-buahan.

Basic H ni diperbuat daripada 100% bahan semulajadi yang berasaskan kelapa dan jagung.

Nak rendam lebih seminit pun tak pe sebab semulajadi. no worries. Kalau rendam dalam air garam tak boleh lebih seminit nanti garam galian dalam sayuran atau buahan-buahan akan berkurang.

Jadi sambil rendam, sambil buat kerja lain dan pujuk Abu Ayyub yang terjaga cari mama dia. Anak-anak mama gitu la suka ikut terjaga bila rasa tiba-tiba bau ketiak mama dah tiada. hehe

Ok, dah siap rendam. Bilas elok-elok. Tujuan pecah kasar-kasar tadi supaya senang nak hilangkan pasir-pasir yang melekat. Jika ada. Dah siap basuh baru potong-potong. Barulah kehilangan nutrient brokoli dapat dikurangkan.

Lepas tu amik bahagian floss brokoli sahaja. Alah bahagian yang macam rambut-rambut hijau tu..hehe..yang batang dan ranting tak payah amik ye. Sebab bahagian tu berisiko menyebabkan angin. Tak pasal-pasal bayi kembung perut nanti.


Kemudian kukus macam biasa sahaja la. Macam saya, saya kukus je dalam warmer Jingle Jungle tu. Sebab Abu Ayyub baru lagi dalam proses pengenalan makanan pepejal.

Jadi sebekas brokoli dalam pot warmer tu boleh buat sehingga 3 hari makan.

Kemudian, cara sejukkan makanan dengan cepat. Rendam pot dalam mangkuk berisi air paip atau air ais. (air ais lagi cepat sejuk). Cara ni saya aplikasikan cara chef-chef kat TV tu memasak. hehe

Masukkan anggaran sedikit air masak/zam-zam/water pitcher ke dalam brokoli yang sedang disejukkan tu. Dalam 10 minit macam tu. Suhu dah turun sehingga hangat sikit-sikit je. Lepas tu masa untuk blender. Saya guna blender baby bullet. Lepas blender tak payah tular bekas. Cuma tukar pengisar dengan penutup khas bekas blender tu.

BLENDER, BABY, FOOD, JAR, PURY,
Ni la Bekas Blender Babby Bullet Yang Lepas Blend Boleh
Guna Untuk Makan Atau Simpan Sejuk Dalam Peti Ais

BLENDER, BABY, FOOD, JAR, PURY,

Simpan dalam peti sejuk. Boleh buat Stock makanan pepejal selama 3-4 hari. Sesuai sangat dengan 4 day rules. Nak panaskan cuma ambil sedikit dan isikan ke dalam pot warmer atau botol puri makanan bayi Abu Ayyub.

Senang. Mudah. Cepat. Terasa macam main masak-masak pulak. Suami pun dah tak muncung kena jaga anak lama-lama bila mama duduk kat dapur masak makanan untuk anak-anak ^___^





SID, ID, 882854, PENANG, SEBERANG, PERAI, UTARA, TENGAH,SELATAN, KEPALA, BATAS, SHAKLEE, BEBAS, JAYA,PERMATANG, PAUH, PERMATANG, SUNGAI, DUA, BULUH,BULOH, COD, PENGHANTARAN, PRODUK, VITAMIN, SUPPLEMENT

Pengedar Sah Shaklee: Atiqah Aziz | ID:882854
SMS / Whatsapp: 012-5770682
PM Facebook: Atiqah Aziz

0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry