Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Herbal Blend Cream Halang Nyamuk Gigit Anak

Herbal Blend Cream Halang Nyamuk Gigit Anak


Sekarang ni musim El Nino, musim panas. Tetapi alhamdulillah, walapun musim panas/kemarau hujan tetap turun dalam seminggu sekali. Sejuk bumi ni. 

Macamana pun, mesti ramai ibu bapa yang risau anak-anak mudah demam, batul  dan selesema semasa musim panas ni. Jadi Kerapkan beri mereka air masak dan cecair untuk elakkan dihidrasi. Oh ya, pakaikan mereka dengan pakaian yang nipis, longgar dan rekabentuk pakaian yang membenarkan pengaliran udara yang baik. Termasuk udara kentut. Opppssss.

Saya pun risau jugak. Pakaikan anak-anak baju singlet, seluar pendek dan juga "baju lubang-lubang". Tapi yang jadi masalah sekarang ni musim panas nyamuk pun banyak. Lagi-lagi rumah kami rumah kampung tepi bendang. (Pemandangan memang best). 



Satu pagi masa kalut-kalut nak pergi kerja hantar anak dekat rumah mentua baru perasan, habis tangan dan muka Yaya kena gigit nyamuk. Sampai rumah mak mentua terus sapukan Multipurpose Herbal Blend Cream ni. 


SHAKLEE, MULTIPURPOSE HERBAL BLEND CREAM, SHAKLEE, PRODUK, PARUT, LUKA, NYAMUK, CAMPAK, GATAL, GATAL-GATAL, KULIT KERING


Kemudian, balik dari kerja, mak mentua beritahu mintak belikan pelekat elak nyamuk (pati serai wangi) yang boleh lekat dekat baju budak tu. Dia beritahu habis muka Abu Ayyub kena gigit nyamuk walaupun mak mentua dah pasangkan ubat nyamuk elektrik tu. Saya belek muka Abu Ayyub, betulla, penuh muka kena gigit nyamuk. Nasib mak mentua dah sapukan dengan Cream Herbal Blend tu. Pergi tengok kakak Yaya pulak. Alhamdulillah tak kena gigit nyamuk sebab pagi tadi dah sapu tangan-tangan dan muka dia dengan cream tu.

Jadi sementara nak tunggu saya balik esok dari kerja nak beli pelekat anti nyamuk tu, saya pesan dekat mak mentua sapu satu badan Yaya dan Abu Ayyub dengan Multipurpose Herbal Blend Cream tu setiap kali lepas mandi.

Alhamdulillah petang tu, saya tengok anak-anak dah tiada gigitan nyamuk yang baru dan bekas gigitan nyamuk kelmarin dah semakin surut.

Sebenarnya sebelum ni, saya dah biasa guna herbal blend cream pada Yaya jika tiba-tiba nyamuk banyak kat rumah dan untuk sapuan bila ada gigitan nyamuk dan kulit gatal-gatal. Dan ianya memang berkesan. Hmmm. Memang bestla guna multipurpose herbal blend cream ni. 

Nak cuba? SILA KLIK BUY NOW ^_^


MULTIPUPOSE HERBAL BLEND CREAM, CREAM, SHAKLEE, PRODUK, PRODUCT, ORDER, BUY, PAYMENT, PRICE, HARGA, VITAMIN, SHAKLEE, ONLINE

1 comments:

norazua10 berkata... Reply Comment

as salam sis, lengkapnya info kat blog sis...slalu baca sini...
follow sy balik sis www.norazua10.blogspot.com

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry