Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Dari Kepala Batas ke Jusco Alma Sangat Memenatkan

Dari Kepala Batas ke Jusco Alma Sangat Memenatkan



Haiiyaaaa. Salah target la hari ni. Hmmm ingatkan Aeon Big Alma (Aeon Big Perda pindah ke Alma), yang baru ni best sikit nak shopping baju-baju raya Yaya. Rupanya, duk dalam kereta sahaja satu jam lebih. 

Lama tak pergi ikut jalan ke Bukit Mertajam tu. Mana nak tahu Jalan di situ ditutup untuk kerja-kerja pembinaan menaik taraf landasan keretapi. Hmmm, banyak betul "fly over" rasa kalah KL kut. Huhu.

Bagi saya lokasi Aeon Big Alma tu tak sesuai la. Sebab kena lalu pekan Bukit Mertajam yang dah sedia padat dan sibuk. 

Masuk dalam perkarangan Aeon Big tu pening nak cari parking. Parking penuh, al-maklum la ramai orang sibuk nak beli baju raya macam kami ^^. Akhirnya dua kali pusing Mr.hubby pun dah bunyi-bunyi tu, jadi setujula parking atas bumbung.


Ingatkan parking berbumbung macam Sunway Carnival Seberamg Jaya tu. Tapi mana nak tahu rupanya sebiji macam parking tak berbumbumg atas bumbung Aeon macam Jusco Ipoh (mungkin dah tukar nama Aeon juga kot). Nasib tak panas terik. Ada jugak angin sejuknya. Yela bawa budak kecil Yaya yang banyak akalnya dengan si baby Abu Ayyub, risau kat diorang la kena panas sangat.

Kemudahan dekat Aeon Big Alma tu memang lebih bagus tip top dari Aeon Big Perda. Yaya siap cakap best la mama pergi Jusco baru ni ^^. Cuma kami baru pertama kali pergi. Rasa tergagau-gagau la nak cari port-port yang ingin ditujui. Bila dah tergagau-gagau tu bazir masa la kan. Tambah pergi bawa Yaya makan dulu dan tukar pampers Abu Ayyub dua kali. Biasa la kalau heret anak-anak kecil sekali memang jadi lambat lah sebab nak layan karenah depa. hihi

Ok dapat la baju-baju raya Yaya. Abu Ayyub, mama dia dah beli awal-awal sebab mama dia boleh agak lagi saiz dia dan dia masih tak tahu lagi nak banyak songeh macam kakak dia. Haha. Tema baju raya Yaya tahun ni pink. Semua pink dari atas sampai bawah. ^__^

Disebabkan Yaya nak baju raya warna pink tahun ni. Maka kami sekeluarga tak boleh la nak boria warna pink hari raya ni. Abah dia tak suka warna pink. Abihla mama dia yang kena matching dengan Yaya. T__T

Ha. rasa macam bazir banyak masa atas jalan berbanding masa Aeon ada di Perda dulu. Jadi, komen kami amat tak best pergi Aeon Alma yang baru dibuka Jun ni hanya disebabkan tempat yang ditujui tu jauh dan kena tempuh pekan Bukit Mertajam yang sibuk. 

Bye bye Aeon Big Alma, kami mungkin malas nak ke sana lagi dah. huhu

0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry