Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Betul ke Susu Badan Tak Cukup?

Betul ke Susu Badan Tak Cukup?

Pagi ni feeling-feeling malas kalut-kalut buat rutin kemas rumah, pam susu, siapkan anak macam biasa. Ahah, ambik kesempatan juga bermalas-malasan hari ni sebab bulan ni tugas abah mandikan anak-anaknya. hehe. Lagipun tak salah sesekali tukar rutin. Kerja rumah ni, sampai mati tak sudah-sudah kaaaannnnn.

Hari ni nak cerita pasal susu badan. Ye, saya suka sangat cerita pasal susu ibu sebab saya pass batton susukan anak dari si sulung Yaya hingga ke adiknya Abu Ayyub. Bangga tu patut ada, bukan sebab riak tapi bangga sebab dah capai impian nak menyusukan anak hingga lepas dua tahun. Yaya mula nak minum milo pun masa dia umur tiga tahun. Tu pun sebab susu mama dia semakin kurang sebab mengandungkan Abu Ayyub. Minum pun tak banyak kali. Minum bila dia mintak je. Tapi pasal pemakanan dia memang saya titik beratkan.

Cerita pasal susu ibu ni. Ramai yang hairan macamana susu badan saya 'MASIH BANYAK' dari zaman Yaya lahir sampai ke Abu Ayyub. Ok, peringatan kat sini ye, mula-mula Alhamdulillah, Allah perkenankan doa saya nak menyusukan anak-anak sampai dua tahun. Amin, Syukur. Kedua, susu badan saya ni bukan banyak secara semulajadi lepas lahirkan anak-anak ye. Ok, baca baik-baik apa yang saya nak cerita ni.

Setiap apa yang terjadi, Alhamdulillah, ada perkara baik yang akan berlaku. Anak-anak saya dua-duanya ada jaundis selepas 24 jam dilahirkan. Masa Yaya lahir, pengetahuan saya sangat cetek pasal menyusu badan ni walaupun saya ada juga membaca dari pelbagai sumber terutamanya internetlah. Tapi saya banyak ikut nasihat nurse. Nurse cakap susukan anak 2 jam sekali, saya ikut. Tengah-tengah malam pun saya sanggup bangun, gerakkan Yaya dan susukan dia. Ye saya sanggup. Hasilnya, jaundis Yaya turun hanya dengan minum susu ibu selama 2 minggu dan yang TERBEST SEKALI susu badan saya pun mencurah-mencurah. Sampai bengkak nenen la. hehe.

Ha, kan betul tu. Kalau kita ikut formula DEMAND VS SUPPLY (lagi banyak permintaan lagi banyak la pengeluaran). Macam kilang jual cookies. Kalau banyak peniaga yang buat tempahan maka makin banyaklah kilang tu buat biskut. Dan payudara ni jugak ibarat pam tandas tu. Sekali kita "flush" (air keluar), lepas tu pam tu terus diisi dengan air semula. Ibaratnya macam tu lah, bila susu badan dikeluarkan /pam/susukan anak, automatik payudara akan penuh semula apabila ada Milk Ejection Reflecs (MER).

Ha, apa itu MER? tengok kat sini ye. Nak tau lebih-lebih gunakanlah pakcik google. hehe. Jadi Bila kerap kita pam dengan anggaran 2-3 jam sekali dan diransang oleh MER maka susu badan kita sentiasa terhasil bila-bila masa sahaja. Kalau rasa susu badan korang kurang maka check la sebab musabab MER gagal dihasilkan. Contoh mungkin lekapan mulut bayi tak betul, ibu stress, ibu risau sangat susu badan tak cukup untuk anaknya dan sebagainya.



Milk Ejection Reflects


Jadinya susu badan saya yang banyak untuk Yaya dan Abu Ayyub bukannya tiba-tiba banyak kalau saya tak berusaha memperbanyakkannya setelah saya berdoa pada Allah. Dan susu badan bukan bergantung pada saiz badan atau payudara atau lahir pramatang atau lahir cukup bulan dan sebagainya. Semua tu cakap-cakap orang yang bukan dibahagian perubatan/kedoktoran dan juga yang arif pasal penyusuan badan

Nak tahu sendiri gali. Saya tak mau cerita pasal kenapa dan mengapa ni. hihuuuu. Pendek kata kalau ada susu badan yang terhasil walaupun sikit bak kata orang lain/ibu-ibu lain maksudnya anda ada susu badan dan susu badan anda sebenarnya boleh diperbanyakkan. 

Kalau yang tak ada susu badan tu maksudnya langsung setitik takde susu badan, yakni dia takde kelenjar payudara atau mammary gland. Tapi sangat-sangat sikit kes macam ni. Umumnya semasa perkembangan janin bayi perempuan berlaku, buah dada turut mula terbentuk dengan penebalan di kawasan dada di panggil "milk line" atau rabung susu. Dan sebaik sahaja bayi perempuan dilahirkan, puting dan permulaan sistem salur susu telah terbentuk dan perkembangan kelenjar susu semakin bertambah dan matang seiring dengan usia seseorang budak perempuan menjadi remaja/akil baligh dan proses datang haid berlaku. Setiap kali haid berlaku hormon progesteron meransang pembentukan kelenjar susu. Apabila seseorang wanita mengandung, maka proses penghasilan susu pun bermula. Jadi tak de kaitan langsung ye wanita yang lahir pra matang dulu tak de susu. Itu ibarat seperti mereka dilahirkan tak lengkap tanpa tetek. Huhuhu.

Jadi kalau susu badan tu sikit selain tak berusaha memperbanyakkan susu badan korang. Korang terlalu mendengar cakap-cakap orang yang tiada ilmu pasal penyusuan badan yang betul atau terlalu beralasan dan juga penyakit M iaitu malas. Jadi jangan salahkan faktor, pam manual anda tak canggih tara mana ke, payah nak urus susu hantar pada pengasuh ke dan sebagainya. Sebelum korang bercakap tu, pikir ada ramai lagi ibu-ibu yang sanggup bersusah payah (sebenarnya sangat-sangat puas hati) dan bekerjaya lebih hebat dan super sibuk dari korang dan anak berderet-deret lagi dari korang. 

Nak tau? pam kedua saya yang saya berjaya kumpulkan stok berkoyan-koyan untuk Yaya dulu takat brand Anakku je eh. Harga pun murah je RM60++. Memang berbudi la jugak pam tu, saya guna lebih kurang 5 bulan sebelum tukar ke spectra 3-double pam. Kalau pergi kursus pun saya bawak jugak pam manual tu. Sangat-sangat berjasa. Pam pertama yang saya beli pulak brand Pureen harga tak sampai RM20 tak silap. Bentuk hon, lagi susah, dan agak tak bersih sebab bila pam susu termasuk kedalam lubang hon tu. 

Tapi kalau nak tau. Mula-mula pam susu termasuk guna teknik marmet memang dapat sikit je susu perahan. Sebab tak biasa kan. Payudara kita pun tak biasa terima signal dari corong plastik yang komfem-komfem bukan benda hidup. Jadi sebab itu MER itu sangat penting dan berkali-kali mengepam susu buat korang jadi mahir dan jumlah susu perahan pun makin bertambah la. Lagi satu kalau kita pam susu selepas bayi menyusu (kosongkan tetek) memang dapat sikit je. Tapi cuba pam selepas setengah jam hingga dua jam. Jumlah susu perahan makin bertambah tau. Tapi jangan pulak kira cukup-cukup masa nak pam susu. Ada masa pam la susu cepat-cepat, sebab yang penting dan yang meningkatkan lagi pengeluaran susu badan adalah jumlah kekerapan susu badan dipam/menyusukan anak.

Sebenarnya ramai ibu-ibu ini berjaya susukan anak diorang dengan susu badan mereka walaupun mereka 'terbang' ke sana ke mari dan kursus ke sana kemari dan ibu-ibu yang sangat-sangat sibuk dengan urusan harian. Orang tua-tua cakap hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Nak tau kisah-kisah ibu hebat ini selain dikisahkan dalam buku. Dalam internet pun ada berlambak. Jadi rajin-rajin lah google ye. Hehe.

Saya nak cerita pasal sorang ex-course uni saya. Dia ni kerjaya dia lebih kurang sebagai ketua. Selalu terbang, kursus, meeting ke hulu ke hilir. Tapi dia sanggup je pam susu kat mana-mana saje. Asalkan tak 'miss' waktu mengepam. Dalam kereta pun jadi. Kalau tak drive sendiri. Driver opis dia yang bawakkan. Lelaki pulak tu. Tapi, dia boleh je pam susu tanpa tunjukkan aurat. Suami duduk jauh. Balik rumah masak sendiri kat anak lagi. Orang dia kecik je. comel lotte, lahirkan anak dia secara c-zer lagi. Tapi berkat kerajinan, semangat yang kental. hehe. dan juga rujuk pada orang yang betul dia berjaya menyusukan anak dia hingga ke hari ni.

Makcik saya pulak, dua-dua anak dia lelaki. Dia agak lambat jumpa saya. Bila dah jumpa tu terlambat sudaaa. Anak dia menyusu guna susu tepung sepenuhnya dah. Kesnya susu badan sikit katanya. Bila dia lahirkan anak kedua. Dia susukan anak dia dengan susu badan dia je.  Dia jugak kerja. Mungkin pandangan dia pasal penyusuan badan makin bertambah, tengok kawan-kawan pam susu sama. Makcik ni memang saya tabik la. Pam guna tangan je kat opis tu. Teknik Marmet. Dia kata selesa lagi guna tangan je.  Walaweh. Teknik marmet adalah teknik mengeluarkan susu badan yang terbaik selepas hisapan mulut bayi ye, dan teknik ni agak melenguhkan tangan dan perlukan kesabaran yang tinggi. Memang bestla makcik aku ni.

Ok. Nak cerita serba sikit pasal susu badan yang korang kata sikit tu. Saling sharing ye.

Hari ke 1-2:  Perut bayi sebesar buah ceri je. Sebab tu kolostrum sangat pekat dan sikit.
Hari ke 3-4:  Perut bayi baru sebesar almond je pun. Masa ni kolostrum nak 
                           transform jadi susu yang lebih cair dan warna putih. Tapi masih lagi 
                           pekat dan kuning.
Hari ke 5-6:  Perut bayi kini baru sebesar buah pic. Susu dah jadi lebih cair dan putih.
Hari ke 7 - hingga minggu ketiga:  Perut bayi dah jadi sebesar sebiji telur.

Jadi setiap ibu dapat hasilkan susu badan yang cukup untuk bayi masing-masing. Tak kira la korang ni kecik besar ragam orangnya atau payudara korang besar kecik ke. Masing-masing Allah dah ciptakan susu badan korang tu cukup untuk anak korang. Asalkan korang rajin menyusukan/pam setiap 2-3 jam. Jadi kalau anak jaundis tu satu kebaikan yang Allah beri. Susukan lah anak korang setiap sejam pun. Tak de salahnya. Lagi bagus ada. Susu badan pun makin banyak. 

Kalau korang nak tau selepas hari kesepuluh dilahirkan berat bayi bertambah semula dan kalau korang nak tau susu badan korang cukup ke tak nanti masa misi cek berat baby tengok berat dan tinggi bayi bertambah ke tak. Kalau bertambah maksudnya korang cukup susu. Dan lagi satu kalau anak korang muak-muak lepas menyusu badan tu pun salah satu tanda susu badan korang cukup. Dan tanda-tanda susu badan korang cukup lagi ialah, anak korang cergas, sihat, bibir merah, kulit lembab tak kering, kira cukup susu lah tu. Jadi jangan percaya pada orang-orang yang katakan susu badan korang tak cukup ye.

Nak bantu banyakkan susu badan selain pam/nyusukan anak kerap-kerap korang sebenarnya kena minum air putih banyak-banyak. Idak la sekali minum segelen. Cukup setiap setengah jam minum secawan air. Korang ni bila dah jadi mommy tak boleh mengada-ngada sangat buat tak lalu makan. Kena gagahkan diri makan walaupun lauk tak sedap. Ingat anak. Korang kena sihat demi anak. Bila badan sihat susu badan pun insyaallah banyak.

Ok lah. cukup dah berleter banyak-banyak kat sini. Yeeehaaaa. Apa-apapun saya seronok sharing pasal menyusu badan ni. Sangat puas hati, sangat gembira bila anak minum susu badan kita dan tak payah pening-pening nak beli susu brand apa. Encik Abah lagi seronoklah dan bangga bila anak-anak dia gebus-gebus hasil minum susu badan bini dia je dan seronok bila bini dia ni sanggup nyusukan anak. Tolak tepi pasal orang cakap tetek landut bila nyusukan anak. Alasan je tu. Padahal tetek landut sebab tarikan graviti.

Oh ya,  Adik ipar saya ada tanya kenapa Yaya dan Abu Ayyub tak guna puting  biasa. Saya cakap, sebab mereka guna puting special yang khas untuk pengeluaran susu badan, lubang puting bentuk cross "X" atau "Y" sebab susu badan tak sama dengan susu formula. Susu badan tak de hablur macam susu formula, jadi susu badan lebih halus sebab tu lubang lebih kecik dan bentuk potongan "X" atau "Y" pulak ikut lubang-lubang halus kat nenen mama yang macam shower tu. hehe.  Jadi bila guna puting yang special ni risiko mereka nak tersedak pun sangat-sangat kurang dan jugak mereka tak keliru/tolak puting, maksudnya puting silicon lebih kurang sama dengan nenen mama. Jadi enjoy nenen botol, perut kenyang suka hati. Mama balik kerja nanti nenen dengan mama sepuas hati lagi ^__^

Dan saya sangat seronok tengok stok susu makin bertambah dalam peti ais. Makin semangat pam susu badan. Tapi direct feeding adalah yang terpenting ye. Stok buat jugak. Pandai-pandai cari/ejas masa nak pam susu badan. 

Jadi saya harap entry saya yang tak seberapa ni dapatlah balikkan semangat korang rajinkan diri dan banyakkan susu badan balik ok selain sesaje nak terangkan korang dan jugak orang yang tak berapa tau pasal penyusuan susu ibu yang susu badan saya dan ibu-ibu lain bukannya lepas-lepas lahir payudara ni macam pili paip. Janji bayar bil, bukak je paip terus mencurah air keluar. Nehi-nehi ok. Susu badan ni macam pepatah orang tua-tua. kalau tak diperah mana nak dapat santannya, kalau tak dipecahkan ruyung mana dapat sagunya.

Enjoy Breastfeeding. ^__^

0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry