Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Betul ke Bayi Lelaki Kuat Menyusu?

Betul ke Bayi Lelaki Kuat Menyusu?


Ramai orang cakap bayi lelaki kuat menyusu. Sebelum ni saya no komen lah. Sebab tak dapat baby boy lagi la. Tapi saya cakap pada diri sendiri, saya akan buktikan yang kata-kata orang tu salah sebenarnya.

Anak-anak saya, yang sulung gegurl dan yang bongsu boboy. Persamaan kedua-dua diorang ni saya menyusukan hampir setiap 2 jam sekali kalau diorang tak terbangun sendiri sebab asalnya diorang ada jaundis. Lama-lama jadi tabiat menyusu setiap 2 jam tu . Hehe. Kadang-kadang ada hari yang diorang nk nenen sambil tido sekejap-sekejap kadang tak sampai 1 jam pun. Saya layankan juga. Tapi memang terkejar-kejar lah (Takpe susu ibu hak milik anak-anak). 

Ramai juga orang yang cakap pada saya anak lelaki ni menyusu kuat/kerap. Tapi bagi saya sama je rentak Yaya dan Abu Ayyub ni. Sama-sama kerap menyusu. Tambah-tambah dapat bermanja dengan mama diorangkan. Encik Abah pun cakap "ha, pi, pi cium bau ketiak mama tu, nangis sangat". Hehe. Cumanya yang nampak beza cara diorang menyusu. Walaupun Yaya tu brutal tapi nampak jugak keperempuanannya, kelembutannya. Yang Abu Ayyub pulak, walaupun muka copy paste kakak dia masa baby tapi nampak sifat-sifat kelakiannya masa menyusu. Hehe.

Bagi saya anak lelaki dan perempuan ni sama je rentaknya. Allah dah cipta tubuh manusia dengan sempurna sekali. Payudara akan menghasilkan susu ibu yang cukup untuk keperluan mengikut jantina anak yang dilahirkan dan mengikut usianya. Macam saya cerita sebelum ni, pasal Betul ke Susu Badan Tak Cukup? perut bayi ni kecik je. Dari hari pertama lahir perut bayi sebesar buah ceri dan bertambah besar sikit demi sikit hingga hari ke tujuh perut mereka hanya bersaiz telur je. 

Encik Abah walaupun dia dah expert sikit pasal penyusuan susu ibu ni. Tapi bila baby boy dia lahir, sikit sebanyak dia terikut-ikut juga cakap-cakap orang yang susu badan bini dia tak cukup untuk anak. Saya cakap (maafla bahasa agak kasar sikit) "Sebab fikir macam ni la yang ramai orang tak berjaya susukan anak diorang dengan susu ibu". Yakinlah susu badan kita cukup untuk anak, Insyaallah memang susu badan kita cukup untuk anak.

Dan saya bagitau dia perut baby ni besar buah ceri dan masa hari ketiga dan keempat sebesar almond je pun. Saya bagitau dia jugak. Masa hari pertama hingga ketiga adalah susu kolostrum yang sangat pekat dan sikit cukup untuk kenyangkan perut bayi.

Jadi kenapa ramai orang cakap, bayi korang dan saya tak cukup susu?. 

Macam ni cerita dia. Bayi kita sebelum ni duduk dalam perut kita sampai 9 bulan hingga ke 10 bulan. Punyalah lamakan. Dalam perut kita tu, dia rasa tenang sangat dengan dengar bunyi degupan jantung mama dia je. Lepas tu, dia rasa sangat selesa duduk dalam rahim sebab tak panas tak sejuk. Bayi jugak tak payah susah payah nak hisap susu nak bagi kenyang sebab makanan disalur dari tali pusat. Air ketuban yang bayi minum pun seteguk je sehari. Cukup kenyangkan perut bayi.

Tiba-tiba, bila dilahirkan segalanya asing. Suasana sekejap cerah sekejap gelap. Bising. Ada macam-macam bunyi. Mama adik takut. Nak mama. Hwaaaaaaa. Tu tak kira bayi rasa ruang lingkup dia makin luas tak macam  dalam perut mama ruang cukup-cukup dan nyaman je. Mama adik takut. Nak mama peluk je. Huaaaaaa. Lepas tu sekejap-sekejap pulak rasa panas, sekejap-sekejap rasa sejuk sangat. Pun nangis jugak sebab rasa tak selesa, tak boleh adik nak tidur lena. tiba-tiba Eeuwwwww. Apa ni rasa lembap-lembap kat belakang adik ni (pampers bocor). Hwuaaaaaa. Tak selesanya lembik-lembik, busuk, beratnya pinggang (pampers berat , berak).  Alamak lapar, huaaaaa..lapar. Tapi kena isap nenen dulu pulak, baru susu mama keluar. Baru kenyang. Banyaknye kerjaaaaaa. Bila tengah malam pulak, mama perut adik kembung, sakit, mama tolong. Huaaaaaa. 

Jadi banyak sebab kenapa bayi menangis bukan sebab tak cukup susu ibu ye kawan-kawan. Kadang-kadang bayi dah kenyang tapi nangis sebab nak dipeluk, didodoi lepas kita dah check segalanya baik-baik saja. Baby kan manja dan comel ^__^. 

Kalau nak tau susu badan cukup ke tak tengok payudara bengkak tak?. Baby muak tak lepas menyusu. Kalau payudara asyik berat, penuh, sikit-sikit meleleh susunya maksudnya susu korang cukup dan banyak. Pam la selalu bagi korang rasa selesa. Boleh juga buat stok selain elakkan payudara korang bengkak. Sakit ooooo. Kalau bayi muak-muak, sendawa pun maksudnya susu korang cukup.

Nak tau lagi macamana nak tau susu badan korang cukup ke tak?. Bila anak menyusu tetek sebelah, yang sebelah lagi akan meleleh susunya. Lepas tu masa menyusu korang rasa macam semut-semut sikit kat tetek korang. Tu pun tanda susu cukup. 

Perkara-perkara yang sebabkan susu badan korang tak cukup antaranya Milk Ejection Reflecrts tak dapat dicapai. (cek sendiri kat google apa itu MER). Korang tak banyak minum air. Serius mommy-mommy yang menyusu badan ni badan rasa hangat dan cepat dahaga. Jadi banyakkanlah minum air masak. Setiap setengah jam secawan. Air suam lagi bagus. Tapi saya tibai je air water filter tu. Pantang sendiri kan. Malas simpan air banyak-banyak. Semut-semut kat rumah ni suka sangat swimming dalam bekas air. T__T

Lagi satu, kalau korang tak kerap menyusukan baby setiap 2-3 jam sekali. Macamana susu badan nak banyak. "Kurang permintaan. Rugi je hasilkan banyak-banyak susu " kata otak ^__^. Endak-endak korang dengar sangat cakap orang sekeliling "Ala bagi sebotol je susu tepung, nanti bagi la nenen balik. Anak tak cukup susu tu". Ha, mula-mula sebotol. Lepas tu berbotol-botol. Lagi la production milk tu makin kurang. Ate mana nak banyak susunya.

Orang selalu ingat baby tak cukup susu bila baby kerap terjaga nak menyusu. Bila dah kerap terjaga kacau daun la korang nak tidur. Betul tak. Ala, tak payah cover-cover. Semua orang pun sama. Termasuk la mak bapak Yaya dan Abu Ayyub ni ha. Padahal susu ibu ni perut bayi mudah hadamkan dia. Memanglahkan susu manusia untuk manusia sebab tu la mudah je hadam. Tak de sakit-sakit perut bagai. Melainkan sakit perut nak berak je. Hihuuu. Susu badan akan dihadam oleh perut bayi dalam masa dua jam. Sebab tu dalam lingkungan dua jam baby nak nenen balik. Normal la tu sebenarnya. 

Susu tepung pulak bukan susu manusia asalnya. Jadi cemana nak fit dengan perut baby. Tu yang lambat hadam dan baby tido lama. Korang pun join sekaki dapat tidor lelame. Padahal sebenarnya tak baik untuk usus baby. Sebab ianya macam hari raya, korang melantak banyak-banyak lepas tu mengantuk dan tertidur kekenyangan. Sebab apa jadi lagu tu. Sebab jantung terpaksa pam darah ke usus untuk proses sumber makanan yang berat tu. Iye. Susu tepung adalah makanan berat untuk bayi. Nak tau lagi google la sendiri ye. Kalau segan nak beli buku.

Ha, nampak dah kenapa orang tengok baby yang minum susu tepung tidur lebih lena dan lama dari susu badan?. Lagi satu, sesetengah bayi walaupun dah kenyang dia tetap nak nenen dengan mama dia. Sebab bila cium bau kat areola payudara ibu dia tu buat dia tenang selain dapat dengar bunyi degupan jantung mama dia. (Yang ni sama dengan Yaya, Abu Ayyub kalau dia dah kenyang, bising-bising mulut dia nenen, menggeliat-geliat sakan padahal tak berapa nak nenen).

Hmm. Bila dah jadi mak bapak ni memang banyak sabar dan kurang tidur. Tunggulah bila diorang dah mula masuk sekolah balik. Masa tu barulah kita boleh tidur awal sikit dan tanpa gangguan dari anak-anak. Hehe. Jadi saya tak menyesal dolu-dolu zaman single asyik megholoh je kejenya. puas hati ^__^.

Jadi yang orang-orang dok cakap "em, susu tak cukup, baby lakikaannnnn" dan jugak "anak lelaki memang kuat nyusu, bagi susu tepung, tak la penat asyik nak nenen je" tu sebenarnya korang terlalu ikut cakap-cakap orang. Emmm. Macam bangga dapat anak lelaki pun ada juga. Macam korang je ada anak lelaki. Macam anak lelaki je boleh membanggakan dan boleh berbakti pada mak ayah. Anak perempuan zaman sekarang boleh jadi lebih hebat dari anak lelaki. Yang penting cara kita mencorakkan mereka. 

2 comments:

butikbengkungmoden berkata... Reply Comment

salam perkenalan. terima kasih atas perkongsian info dgn pembaca

Tanpa Nama berkata... Reply Comment

Setuju.
Nak fully breastfeeding ni perlukan niat,keazaman yg kuat n usaha.. Yg penting jgn pedulikan cakap org keliling..tulah antara sbb ramai org xyakin dgn susu badan seniri..yakin dgn diri kita sendiri dan paling penting yakin dgn rezeki Allah bg tuk anak kita..sekian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry