Resepi Lempeng Pisang Mudah Sarapan Untuk Anak
Pagi ni saya buat sarapan pagi Lempeng pisang sedap, mudah dan ringkas untuk yaya. Resepi Lempeng Pisang ni sebenarnya saya main belasah je. Menggunakan bahan yang minimalis dan murah..hehe
Sebenarnya, kami kesuntukan masa nak bersiap cepat nak shopping untuk barbeque at umah MIL malam ni. Kebetulan minyak masak pun tinggal sesudu dua je dan tengok pisang emas yang dibeli kat yaya tak berusik sangat pun. Jadi terbitla idea RESEPI LEMPENG PISANG..hehe
Resepi Lempeng Pisang ni saya sesuai untuk Yaya yang belum pun cukup 3 tahun dan tidak perlu terlalu banyak perasa (garam dan gula) dalam makanannya.
Resepi Lempeng Pisang Mudah Sarapan Untuk Anak
Bahan-bahan:
2-3 Biji pisang emas (bergantung pada saiz pisang)
3-5 Sudu makan tepung gandum faiza (tanpa benzoil peroksida)
Secubit kecil garam
1 Sudu Minyak
Cara Buat Resepi Lempeng Pisang Mudah Sarapan Untuk Anak
1. Lenyek pisang sehingga hancur sekata dan masukkan garam
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga lembut macam
nak buat cekodok pisang
3. Panaskan kuali dengan api kecil dan ratakan minyak pada dinding kuali
4. Masukkan adunan tepung dan pisang tadi dan buat bentuk bulatan.
5. Tempek-tempekkan sikit jangan bagi adunan terlalu tebal dalam kuali
6. Tutup dengan penutup kuali dan masak dalam 3-4 minit dan
balikkan lempeng tersebut dan tunggu lagi 3-4 minit
7. Tutup api. Sedia dihidangkan.
P/s: Kenapa masa masak kena tutup dengan penutup. Sebab saya tak guna
air. Jadi nak kekalkan kelembapan lempeng pisang dan elakkan pisang
dari rentung tu yang guna penutup..hehe.
air. Jadi nak kekalkan kelembapan lempeng pisang dan elakkan pisang
dari rentung tu yang guna penutup..hehe.
Macam nila lebih kurang rupa lempeng pisangnya. Macam biasa bila saya start masak.Saya tak sempat nak tangkap gambo sendiri sebab kalut nak bersiap plak lepas tu..Karang encik suami bising daaaa tak siapp lagiiiiiii...hehehe
Sharing Is Caring
5 comments:
k.sya nk kongsi resepi awk blh
Tanpa Nama..boleh ja ^__^
tak pernah nampak tepung gandum faiza tu.. mana nak cari ya?
mana nk cari tepung gandum faiza ye?
Deq no & Rich Vitamin saya beli di Giant atau Tesco sahaja. Rasanya kedai-kedai runcit biasa tak pernah saya jumpa lagi.
Catat Ulasan