Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Resepi Burger Ayam Mudah Untuk Anak


Resepi Burger Ayam Mudah Untuk Anak

Resepi burger ayam ni sangat la mudah, berkhasiat, kurang lemak, perasa tiruan dan yang penting tanpa pengawet. Mudah je, adala amik masa dalam 20 minit macam tu. Bolehla buat burger ayam ni untuk sarapan pagi atau makan malam untuk anak. Burger ayam ni sebenarnya macam hidangan sepinggan lengkap juga kalau kena dengan cara buatnya. 

Bahan utama adalah daging ayam tu sendiri. Home made youuuuuu...tak main la beli yang segera-segera tu untuk anak. kandungan garam pun tinggi. Alahai seronok sangat tengok anak makan hari tu. Pertama kali makan burger ayam ^__^


RESEPI, MENU, BURGER AYAM, SARAPAN, MUDAH, ANAK,
Lebih kurang macam ni la nanti rupanya. (Ini pinjam gambar orang)

Tak mau cakap banyak dah ^__^

Bahan-bahan Burger Ayam Mudah

- Isi Ayam sebesar tapak tangan (dibersihkan dan dicincang kasar)
- 2 biji bawang merah
- Sedikit oregano
- Sedikit garam
- Seketul roti burger Gardenia
- Sos Pasta Tomato Organic With Basil
- 4 keping Timun
- Sedikit mentega Organik


Cara Memasak Burger Ayam Mudah

1. Kisar isi ayam bersama, bawang merah, oregano, dan garam. Kisar sampai halus
2. Panaskan kuali.
3. Kepalkan dan bentukkan isi ayam yang telah dikisar tadi menjadi selebar roti 
    burger Gardenia
4. Sapukan mentega pada kuali dan letak isi ayam yang telah dikepal tadi kedalam kuali. Kecilkan 
    sedikit api. Masak 10 minit setiap bahagian.
5. Bakar selama 1 minit pula roti burger yang telah disapu dengan sedikit mentega organik
6. Panaskan selama 5 minit Sos pasta tomato organic with basil
7. Susun roti burger, isi ayam, timun dan sos tomato ikut kreativiti anda. Sedia dihidangkan.


Selamat Mencuba..





Sharing Is Caring

Atiqah (ID Shaklee: 882854)
Atiqahaziz84@gmail.com
SMS: 012-5770682




PENGEDAR SHAKLEE, JURU, KEPALA BATAS, SEBERANG JAYA

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry