Tempoh Susukan Abu Ayyub

Lilypie Breastfeeding tickers

Tempoh Susukan Yaya

Lilypie Breastfeeding tickers

Jumaat, 17 Mei 2013

Saya Nak Nangis Macamana Nak Mengatasi Sembelit Anak


Saya Nak Nangis Macamana Nak Mengatasi Sembelit Anak

Rasanya hampir semua ibu bapa pernah menghadapi masalah sembelit anak, susah nak buang air besar. Aduhhhh..kesiannya kat anak-anak kita duk teran najis. Kadang-kadang sembelit anak ini sampai buat dia trauma nak buang air besar, sanggup tahan sakit perut nak membuang air besar.

Sedih sangat. Apala yang boleh kita lakukan?

Sembelit anak atau sembelit bayi lebih kerap terjadi kepada bayi-bayi yang minum susu formula dan anak yang telah menerima makanan pejal. Berbanding bayi yang menyusu ibu, bayi susu ibu tidak mengalami masalah sembelit ini. Ada beberapa faktor yang menyebabkan mereka sembelit.

MENGATASI SEMBELIT ANAK, SEMBELIT ANAK, SEMBELIT PADA ANAK, BAYI SEMBELIT, MASALAH SEMBELIT, MASALAH SEMBELIT ANAK, CARA MENGATASI SEMBELIT ANAK



Berdasarkan perbualan saya dengan seorang doktor pakar kanak-kanak. Masalah sembelit terjadi dikalangan kanak-kanak dan bayi kerana:

1. Kurang minum air putih dalam sehari
2. Kurang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan serat
3. Menempuh perjalanan yang jauh
4. Pola pemakanan yang tidak sihat tinggi lemak dan karbohidrat

Bagaimana untuk mengatasi sembelit pada anak?

1. Didik anak minum air putih dengan kerap setiap hari
     25kg berat bersamaan 1 liter air putih diperlukan setiap hari
    - Disiplinkan anak minum setiap 15 minit-20 minit setiap kali
    - Letakkan botol air masak berdekatan dengan anak dan mudah dicapai
      bila anak mahu minum air putih
.
2. Jika ingin berikan anak minum air jus buah-buahan. Gunakanlah jus dari 
     buah sebenar dan masukkanlah sedikit serat atau pulpa ke dalam
     minuman jus anak

3. Beri buah-buahan berbeza kepada anak sebagai hidangan 
    sampingan 3 kali sehari.
    - Antara waktu selepas sarapan dan sebelum makan tengahari
    - Sebagai snek minuman petang bersama sekeping roti atau sedikit biskut
    - Beri anak buah setengah jam sebelum makan malam 

4. Pelbagaikan jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang 
    tinggi serat dalam sehari.
     Pisang, labu, keledek, buah naga, nenas, jambu, jambu batu, sayuran berdaun dll

5. Lebihkan sayur dalam setiap hidangan sarapan, makan tengahhari dan 
     makan malam

6. Didik anak cintai sayur. (Ibu perlu kreatif dalam menyediakan menu bersayur)

7. Jika ingin menempuh perjalanan jauh. Ingatkan dan beri 
   anak minum air putih 
    setiap 15-20minit perjanan. (Kerana anak-anak hanya minum sedikit air putih 
    sahaja setiap kali. Jadi kita perlu mengingatkan minum air putih dengan banyak)

8. Bayi yang minum susu formula perlu disulam dengan air putih. Air yang 
    telah bercampur susu formula hanya cukup untuk menguraikan susu formula 
    sahaja tetapi tidak cukup untuk menampung keperluan cecair pada tubuhnya.

9. Berikan pemakanan seimbang pada anak. Makanan yang tinggi karbohidrat
     dan tinggi lemak lambat diuraikan oleh usus. Jadi galakkan anak aktif berlari, 
     bersenam, menari, melompat dan sebagainya. 

MENGATASI SEMBELIT ANAK, SEMBELIT ANAK, SEMBELIT PADA ANAK, BAYI SEMBELIT, MASALAH SEMBELIT, MASALAH SEMBELIT ANAK, CARA MENGATASI SEMBELIT ANAK


Pendek kata, Jangan halang anak-anak untuk bergerak, tak duduk diam dan buat apa yang disukainya asalkan tidak merbahaya dan biarkan mereka riang dan cergas asalkan bunyi bising mereka tidak mengganggu jiran sebelah..hehe. Ini semua membantu melancarkan sistem pencernaan mereka.

Ya, anak saya sendiri mengalami masalah ini kerana kealpaan semua pihak yang lupa mengingatkan anak minum air putih dan pandang enteng akan kepentingan buah-buahan dalam diet anak dan dirinya sendiri yang lupa minum air putih banyak kerana sibuk bermain..hehe. 

Lepas kejadian anak sembelit ni baru la opah dan abah Yaya faham, kenapa mama Yaya selalu tanya-tanya Yaya minum banyak air putih tak hari ni dan selalu suruh Yaya minum air putih, marah orang lain makan buah-buahan yang dah diperuntukkan untuk yaya seorang. kui.kui. Dan juga baru mereka faham kenapa mama biarkan yaya main segembiranya dan sepuas hatinya. (dalam kawalan dan pantauan ye..bukan lepas bebas sewenang-wenangnya)


MENGATASI SEMBELIT ANAK, SEMBELIT ANAK, SEMBELIT PADA ANAK, BAYI SEMBELIT, MASALAH SEMBELIT, MASALAH SEMBELIT ANAK, CARA MENGATASI SEMBELIT ANAK


Cubalah cara mengatasi sembelit anak ni. Tak perlu ubat-ubatan. Semuanya secara semulajadi dan lembut. Lepas ni masalah anak sembelit tiada lagi, dan anak pun dah tak trauma untuk buang air besar^__^




Sharing Is Caring

Atiqah (ID Shaklee: 882854)
Atiqahaziz84@gmail.com
SMS: 012-5770682




PENGEDAR SHAKLEE, JURU, KEPALA BATAS, SEBERANG JAYA

0 comments:

Catat Ulasan

Hai, dipersilakan untuk komen atau sebarang kritikan. Kalau ada terlintas apa-apa difikiran terus je bagi komen ok;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...