Resepi Cendol: Cendol Sagu Mudah dan Sedap
Selalu kita menikmati kelazatan air cendol pulut atau air cendol biasa. Sebenarnya resepi cendol pulut mahupun cendol biasa ni sama je. Yang membezakan cuma tambah pulut atau tidak dan juga kesedapan air cendol bergantung kepada ke"power"an air tangan pembuat resepi cendol ni.
Tak kisahlah penang cendol ke cendol melaka ke yang penting kesejukan dan kelazatan air cendol yang mendamaikan tekak tambah-tambah di masa-masa cuaca panas..Hmmmmm...NYAMANNNYAAA...
Asyik menikmati cendol dan buat cendol je ape kata tukar sikit resepi cendol jadi resepi cendol sagu. FULLAMAKKK..Yang ni pun MENYAMANKANNNN tekak anda..hehe
Ok..resepi cendol sagu ni sebenarnya kawan di tempat kerja yang empunya resepi ni. Saya cuma tukang perkenalkan resepi cendol berwajah baru dan sama sedap dengan resepi air cendol biasa yang kita nikmati tu.
Cara-cara dan bahan-bahan nak membuatnya TERsangatlah mudah didapati, murah belanjanya dan cepat je nak sediakannya. ^_^
Bahan-bahan Membuat Resepi Cendol: Cendol Sagu
1 Peket Sagu
1 Peket gula melaka atau boleh gantikan gula kabung
1 -2 tin susu cair (macam cap Carnation tu)
Sedikit kismis (Ikut Suka)
Sedikit kacang atau gajus yang dipanggang (Ikut Suka)
Sedikit pewarna yang dibenarkan (Warna ikut suka)
Air untuk mengukus sagu dan gula merah
Sedikit kiub ais
Cara-cara MembuatResepi Cendol: Cendol Sagu
1. Pertama bilas sagu. Kemudian kukus sagu dengan air. Biarkan seketika.
2. Masakkan 1 peket gula merah bersama sedikit air. anggaran 2 cawan air.
3. Pehatikan sagu yang dikukus, bila kebanyakan mata sagu dah tiada, masukkan kacang,
gajus dan kismis ke dalam sagu yang sedang dikukus.
4. Kacau hingga sebati dan tutup api. dan biarkan sagu sejuk.
Cara Menghidang (Ikut Suka)
1. Bila dah sejuk bolehlah letakkan sedikit kiub ais dalam cawan,
2. Masukkan 2-3 sudu sagu, sedikit susu cair dan sedikit gula melaka
3. Sedia dinikmati bersama keluarga.
Nota: Suami saya yang cerewet bab makan suka dengan resepi ni. dua kali buat dua kali dia puji. Sedap dan boleh buat lagi. Bila dia kata boleh buat lagi maksudnya dia suka makan. Ngeeee...
Credit to: kak Shikin
Sharing Is Caring
1 comments:
Tempat mane ni
Catat Ulasan