Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Yaya Dah Melawat Zoo Taiping

Yaya Dah Melawat Zoo Taiping

ZOO TAIPING, MEE UDANG, MELAWAT, LAWATAN, LAPORAN, ZOO, KUALA SEPETANG, MAK JAG, SUNGAI DUA
Yaya yang Pemalu^^
Hoooreeee..akhirnya impian mama dah tercapai. Dapat jugak bawak Yaya melawat Zoo Taping bukan sampai kat Zoo Taiping. Ada beza hokehh.^^

Ceritannya dua minggu lepas kami dah sampai Zoo Taiping tapi dah pukul 6.30 petang Zoo pun dah tutup. Pukul 8.00 malam nanti baru dibuka balik untuk acara Nite Safari. Dalam pemikiran mama ni berbolak-balik, nak pergi ke taknak. Dah la malam, tak berapa seronok la feelnya untuk Yaya sebab jarak penglihatan terbatas, dengan tak prepare baju lengan panjang dan seluar panjang untuk Yaya.


ZOO TAIPING, MEE UDANG, MELAWAT, LAWATAN, LAPORAN, ZOO, KUALA SEPETANG, MAK JAG, SUNGAI DUA
Berlatar belakangkan Bangau Kaler Pink 
Sebabnya kami ingat rangka sampai kat Zoo Taiping dalam pukul 4 lebih lepas pegi makan kenduri kat Tronoh. Tapi tak sempat dengan abah Yaya tak tido 24 jam nye, Yaya pulak poo poo selambak masa kami bergilir-gilir sembahyang magrib dan waktu tu hujan turun dengan lebat selebatnya. Sampai mama pun tak khusyuk sembahyang pegi buat sembahyang subuh pulak. hehe..mama memang loqlaq^^

ZOO TAIPING, MEE UDANG, MELAWAT, LAWATAN, LAPORAN, ZOO, KUALA SEPETANG, MAK JAG, SUNGAI DUA
Tabik Spring Kat Yaya Takut Kat Lion Batu Pun Angkat Tangan "Piece" Juga^^
Jadi dengan aral-aral melintang ni kami tak jadi melawat Zoo Taiping, cuma sampai kat Zoo Taiping je. Nak bergambar kat replika en.boya, en.seladang dan lain-lain pun Yaya tak nak sebab Yaya ni penakut sikit..hehe..Lepas tu kami pun balik sebab kemudahan untuk salin nappy babby kat Zoo Taiping takde. Nak cuci kat tandas kat Zoo Taiping sangat la tak selesa bagi saya dengan sempitnya walaupun bersih. Credit kat Zoo Taiping..hehe

ZOO TAIPING, MEE UDANG, MELAWAT, LAWATAN, LAPORAN, ZOO, KUALA SEPETANG, MAK JAG, SUNGAI DUA
Yaya Tengah Khusyuk Tengok Kangaroo Makan Daun
Kami buat keputusan salin pampers Yaya kat R&R Bukit Merah. Sepanjang perjalanan dari Taiping ke Bukit Merah hujan tak berenti. Yaya pulak tak nak duduk sebab tak selesa dengan pampersnya yang penuh dengan poo poo dan busyuk. Hahaha..

Mama dan abah Yaya pun susah hati campur kesian kat Yaya tapi nak buat macamana..Yaya pandai dia macam tau mama dan abah dia susah hati dari keluar Zoo Taping sampai naik highway menuju ke Pulau Pinang, Yaya menyanyi tak berhenti-henti untuk hiburkan hati dia, mama dan abah. Semua lagu Yaya nyanyi, dari lagu Father finger song, Twinkle-twinkle little star, Can Mali Can, Ikan Kekek, Anak Itik Tok wi dan lain-lain, sampai mama suruh Yaya minum dan makan itu pun sambil berdiri. Dah sampai kat R&R Bukit Merah dan salin pampers semua, kami pun balik dan Yaya tido sepanjang perjalanan balik sebab keletihan. Hehe..

ZOO TAIPING, MEE UDANG, MELAWAT, LAWATAN, LAPORAN, ZOO, KUALA SEPETANG, MAK JAG, SUNGAI DUA
Aku Rasa Gajah-gajah ni Masih Kelaparan Lagi
Jadi kemarin kami pergi lagi melawat Zoo Taping, kali ni kami sampai pagi dalam 10.30am. Terlepas waktu tengok gajah makan!!

ZOO TAIPING, MEE UDANG, MELAWAT, LAWATAN, LAPORAN, ZOO, KUALA SEPETANG, MAK JAG, SUNGAI DUA
Yaya Yang Seronok Dapat Naik Keretapi
Tapi Yaya seronok dapat naik keretapi. Yaya panggil "Ta apishh"..dapat tengok zirafah, bear, kuda belang, badak, tiger, lion, gajah, burung kakak tua, rusa, buaya, ikan dan banyak lagi la. Sampai Yaya tak larat jalan dah walaupun Yaya paling banyak kene dukung dari berjalan. Hehe..Tapi nasib baik juga Yaya kecil lagi. Kalau dah besar dan dah bersekolah rasanya dia lagi teruja nak jalan kaki kat semua pulau-pulau yang ada kat Zoo Taiping tu. Mau pengsan mama dengan abah. Hehe

ZOO TAIPING, MEE UDANG, MELAWAT, LAWATAN, LAPORAN, ZOO, KUALA SEPETANG, MAK JAG, SUNGAI DUA
Tiga Kali Pusing Tempat Ni Unta Tu Duduk Je Tak Bangun-bangun
Lepas keluar dari Zoo Taiping elok dah pukul 12.00pm lebih kami bergerak mencari makan tengah hari pulak. Kami makan kat Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang, atas cadangan kawan Abah Yaya. Sepanjang perjalanan banyak papan tanda restoran mee udang, dari Mak Teh, Pak Hashim, Mee Udang Portweld, banyak lagi la "adik beradik" yang berniaga mee udang ni. 
ZOO TAIPING, MEE UDANG, MELAWAT, LAWATAN, LAPORAN, ZOO, KUALA SEPETANG, MAK JAG, SUNGAI DUA
Jalan-jalan Pusing Pulau !!
Harga makanan kat Mee Udang Mak Jah biasa-biasa sahaja, harga standard orang kata, suasana restoran pun tenang, bersih dan selesa dan yag penting tak terlalu penuh dengan pelanggan, En. Suami paham dah dengan karenah mama Yaya ni. Kang tunggu order lambat sangat, aku asyik pegi tanye kat orang kedai je. hehe. Tapi rasanya Mee Udang Sungai Dua dengan mee udang mak mentua saya buat lagi mabeles kot. hehe..selera lidah memasing kan kan kan^__^

Selesai makan kat Mee Udang Mak Jah, kami pun bergerak cari rumah sahabat karib saya Pn. Nurbahirah dan sekeluarga. Setahun lebih oo tak jumpa. Dulu mase bujang, suka-suka hati aku pegi umah sewa ko, ko pegi umah sewa aku. Sekarang langkah agak "terhad" sikit. Hehe. Kesian Zara moody sikit sebab batuk. Ala cayang-cayang aunty Tikah, hehe. Em, tak banyak yang kami sembangkan sebab rasa kejap je masa satu jam tu tambah pulak masing-masing dah ada anak acara menyembang asyik terstop je. hehe.

ZOO TAIPING, MEE UDANG, MELAWAT, LAWATAN, LAPORAN, ZOO, KUALA SEPETANG, MAK JAG, SUNGAI DUA
Mama dan Yaya Yang Khusyuk Nengok Zirafah Makan
Tapi sangat-sangat seronok dapat jumpa kawan baik saya, siap tumpang mandikan Yaya segala. Rumah baru dia pun cantik dan pandai dia hiaskan rumah denag perabot yang minimalis. Sangat setuju dengan pendapat dia senang nak kemas dan pelihara. Sesuai sangat konsep tu dengan saya yang agak rimas kerja-kerja yang melecehkan ni.^^

Selesai jumpa Pn. Nurbahirah kami pun bergerak balik ke Kepala Batas pulak. Masa ni mama tak larat sangat-sangat migrain jalan tengah panas kat Zoo Taiping. Macam omputih plak aku nih tak boleh kena panas lama-lama. huhu. Mama ambik kesempatan tidur masa Yaya tidur sepanjang perjalanan sampai la kat Perhentian R&R Bukit Merah untuk sembahyang jamak zohor dan asar. Kesian kat En. Suami tak de orang nak menyembang dengan beliau(I_I)..ZZZzzzzzzzz

0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry