Selamat Tahun Baru 2013
Tak terlewat lagi nak saya nak ucapkan selamat tahun baru 2013 mengikut kalendar masihi walaupun sebenarnya tahun baru islam jatuh pada 1 Muharam 1434H .
Terlalu banyak suka duka yang saya tempuhi sepanjang tahun 2012 lalu sama ada yang peribadi mahupun perniagaan WAHM Shaklee saya.
Sebenarnya saya baru menjadi AHLI SHAKLEE sekitar Mac 2012 tak silap. Jadi Ahli Shaklee tanpa sebarang ilmu pengetahuan kemudian sedikit demi sedikit saya belajar ilmu keusahawanan dan menjadi seorang blogger dalam tempoh yang singkat dengan belajar secara online sahaja dan dengan bantuan Master Shaklee Mommy Lyna Noh dan "Mama" angkat saya Tuan Kalsum yang rasanya tak jemu-jemu melayan setiap pengaduan saya pada mereka. Hehe.
Selain itu, tahun 2012 ini adalah tahun saya mencipta sejarah - MENJADI SEORANG USAHAWANITA, sanggup ketepikan rasa malu yang menebal. Saya bermula dari kosong, dari "Seorang Yang Tidak Tahu Berniaga Melalui Internet" MENJADI "Seorang Yang Tahu Berniaga Melalui Internet"
Saya seorang antara yang bertuah kerana pelbagai pengalaman dan cabaran yang saya kutip sepanjang menceburi dunia keusahawanan ini walaupun baru setahun jagung. Tapi saya tak kisah walaupun sedikit sedih kerana setiap kesalahan yang dilakukan mengajar kita menjadi yang LEBIH BAIK DARI SEMALAM!!
Juga di sini saya ingin mengambil kesempatan memohon maaf kepada para pelanggan saya, sekiranya ada salah dan silap di mana-mana maafkan saya kerana saya insan biasa yang sentiasa cuba memperbaiki mutu perkhidmatan perniagaan saya.
Walaupun pengedar shaklee, saya masih perlu menumpukan perhatian saya pada kerjaya tetap saya, pada anak saya amat memerlukan perhatian dan kasih sayang dari saya, melunaskan tanggungjawab sebagai seorang suri rumahtangga dan melayan suami. Jadi saya perlukan sedikit masa untuk membalas setiap pertanyaan dan membantu menyelesaikan setiap masalah anda semua.
Tambah-tambah bulan Disember 2012 merupakan bulan yang paling mencabar dengan pelbagai tempat kerja dan bisnes shaklee.
Azam tahun baru 2013 ataupun tahun 1434H adalah, saya mahu berjaya mencapai setiap impian yang tak dapat saya capai lagi dalam tahun 2012!!. Amin..
Azam tahun baru 2013 ataupun tahun 1434H adalah, saya mahu berjaya mencapai setiap impian yang tak dapat saya capai lagi dalam tahun 2012!!. Amin..
0 comments:
Catat Ulasan