Tips Ajar Anak Suka Makan Sayur
Sebenarnya supplement tambahan sahaja tidak cukup untuk menarik minat anak untuk gemar makan atau dengan kata mudah, tidak cerewet soal makanan. Sebenarnya ibu bapa memainkan peranan dalam menentukan anak anda cerewet makan atau tidak. Bagaimana caranya?
Saya cerita sedikit cara saya mendidik anak agar suka makan sayur moga dapat membantu ibu bapa di luar sana. Yaya anak sulung saya, jadi banyak trial & error dalam penyediaan makan untuknya. Masa ni saya kurang berpengetahuan cara yang betul jenis pemakanan Yaya. Tapi Alhamdulillah, Yaya sihat dan beratnya seimbang dan dia boleh ratah bawang dan bawang putih yang ada dalam lauknya!!
Saya sangat ambil berat pemakanan Yaya sebab saya tak nak anak saya terlalu memilih makan dan tak suka makan sayur seperti adik bongsu saya dan juga adik ipar saya, ha, juga kawan-kawan saya. Jika diperhatikan orang yang tak suka makan sayur ni kulit mereka kusam. Sebab tu saya sangat-sangat TEGAS dalam pemakanan Yaya bertujuan untuk ajar Yaya agar tidak cerewet makan
YAYA YANG COMOT..HEHEHE |
Tips Anak Suka Makan Sayur
- Cuba masak sendiri makanan anak untuk dibawa ke rumah pengasuh atau taska
- Sedari 7 bulan dan ke atas pastikan setiap menu yang dimasak ada sayur,
bawang dan bawang putih
- Bila anak sudah mencapai umur 1 tahun galak anak pegang dan rasa setiap jenis
sayur dan perkenalkan setiap nama sayuran tersebut
- Pilih sayur-sayuran yang bersesuaian dengan umur mereka.
- Masak sayur dengan pelbagai jenis menu masakan
- Ajak anak makan bersama dengan orang dewasa
- Biarkan mereka ambil sayur dari pinggan kita
(look at positive side - dia akan suka makan sayur mengikut rentak orang dewasa
- Beli buku bergambar sayur-sayuran dan perkenalkan sayur yang telah
mereka makan
- Beri anak peluang lihat bentuk sayuran, sentuh sayuran dan ingatkan kembali
nama sayuran yang telah dipelajari. (Yaya sangat Excited bab ni ^__^)
Sedari Yaya boleh makan pada usia 6 bulan menu wajib Yaya adalah bubur nasi kosong, Yaya tak pernah makan nestum dan tak kenal apa itu NESTUM!!. Kemudian 7 bulan saya tambah sayur dan dalam tujuh setengah bulan lebih kurang macam tu saya tambah ikan, ayam. Semua ni saya blend halus selepas masak.
Tapi saya pastikan dalam bubur nasi yaya mesti ada sayur. Bukan tambah sikit je sayur. Tapi ibarat bubur nasi Yaya bertukar menjadi warna hijau muda sebab saya masukkan banyak bayam hijau. Hehe. Dan lagi satu saya pastikan akan masukkan bawang dan bawang putih dalam bubur nasi Yaya.
Sekarang, Yaya memang menikmati dan berseronok bila waktu makannya. Saya beri dia peluang suap sendiri makanan, pegang dan kenali setiap jenis sayur, nasi, lauk yang dia makan. Siap dia sendiri ambil bawang putih atau bawang merah dan terus masukkan dalam mulutnya^__^
Ada 1-2 jenis sayuran yang Yaya tak suka makan. Contoh kucai. Bau kucaikan tak best sikit. Satu hari saya tumis kucai dan isikan dalam mangkuk dan letakkan dihadapan Yaya. Yaya ikut rentak abah dia yang suka cuit-cuit amik sayur mama. Mula-mula sehelai, dua helai. Lama-lama dia sudukan terus dalam pinggan dia dan MULAI dari hari itu Yaya sudah suka makan kucai^__^
Sharing Is Caring
0 comments:
Catat Ulasan