Resepi Makanan Bayi Bubur Makaroni
Saya nak kongsi makanan bayi koleksi bubur yang SANGATTTT SEDAP dan MENARIK. Sangat sesuai untuk bayi berumur 6 hingga 8 bulan.
Takda la bayi bosan dengan resepi makanan bayi yang lebih kurang sama setiap harikan. Asyik-asyik puri atau bubur nasi ala-ala sup. Bayi pun bosan, kita yang nak masak kan untuk bayi pun bosan. Hehe
Waktu memasak resepi makanan bayi ni pun kejap je lebih kurang 10minit. Boleh buat sambil kita lakukan tugas-tugas lain di rumah. Resepi makanan bayi yang saya kongsikan ini SANGAT MENARIK dari segi tekstur dan rasa juga sudah tentu menambat selera dan mengenyangkan bayi anda. JOM CUBA^__^
Resepi Makanan Bayi - Bubur Makaroni Yang Sedap
BAHAN-BAHAN:
20gm Pasta makaroni (atau apa sahaja jenis pasata asalkan direbus dan dikisar halus)
1 potong Ikan salmon (rebus dan ambil isinya)
1 potongan kecil lobak (lebih kurang 3cm)
5gm Kismis (disyorkan rendam dengan BASIC H Shaklee untuk hilangkan racun serangga)
500ml Susu Segar atau Susu Ibu
Air Untuk Merebus
CARA MEMASAK RESEPI MAKANAN BAYI - BUBUR MAKARONI:
1. Rebus makaroni sehingga empuk dan toskan
2. Masukkan dalam blender dengan ikan salmon, kismis dan air rebusan lobak.
3. Kisar hingga hancur dan halus.
4. Masukkan semula ke dalam periuk bersama susu segar secukupnya.
5. Masak dengan api kecil. Kacau hingga pekat dan sebati.
(credit to: RASA)
********SELAMAT MENCUBA^__^********
0 comments:
Catat Ulasan