Pengalaman Sendiri Guna Nutriferon
Lumrah ibu-ibu yang menyusukan anak menhadapi perkara-perkara seperti puting melecet, luka dan sebagainya. Begitu juga dengan saya. Selama dua tahun menyusukan anak lebih dari sepuluh kali saya menghadapi puting melecet dan luka. Namun disebabkan semangat juang yang tinggi saya tetap menyusukan anak walaupun rasa sakit dan seriau itu tetap ada. Selalunya apa yang saya buat ialah sapukan air susu saya sendiri ke tempat melecet atau luka dan biarkan ia selama lebih kurang sejam (anak kena puasa sekejap dari menyusu pada sebelah payudara yang putingnya melecet atau luka)
Minggu lepas, saya menghadapi masalah yang sama, puting melecet, hinggakan satu ketika semasa saya mengepam, sus bercampur dengan darah. Adakah saya takut, rasa nak berhenti menyusukan?. Tidak sedikit pun tidak menggugat niat saya untuk terus menyusukan anak walaupun dia telah pun melepasi umur dua tahun. Apa yang saya buat?. Saya pergi jumpa doktor dan dapatkan pengesahan mengenai keadaan sebelah payudara saya yang melecet, susu bercampur sedikit darah, rasa sakit yang amat hinggat ke tulang ketika menyusukan dan juga mengepam. Setelah pemeriksaan dilakukan, doktor menyatakan payudara saya bengkak kerana kesan melecet telah dijangkiti kuman yang menyebabkan keadaan bengkak, rasa sakit yang amat dan juga sebahagian puting tidak mengeluarkan susu.
Tetapi, saya langsung tidak menggunakan ubat-ubatan yang dibekalkan kepada saya. Sebaliknya, selama tiga hari berturut-turut saya mengamalkan mengambil produk Shaklee iaiut Nutriferon, Zink dan 4 biji Lecithin setiap hari dan juga tambahan supplement harian yang saya ambil setiap hari iaitu Vitalea (multivitamin), Sustained Release Vita-c, B-complex. Hasilnya setelah 3 hari payudara saya sudah sembuh sepenunhya, sebenarnya hari pertama menggunakan Nutriferon dan Zink serta Lecithin telah nampak kesannya di mana rasa sakit telah berkurang kerana saya juga turut menyapu serbuk zink pada luka melecet untuk kesan pemulihan luka yang berganda dan saya boleh terus susukan anak.
Tanpa ubat-ubatan sintetik dan hanya menggunakan supplement semulajadi, Alhamdulillah saya telah pun sembuh dan susu pun makin bertambah seperti biasa^_^
0 comments:
Catat Ulasan