Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Penawar Sakit Terbaik Untuk Kanak-Kanak

Penawar Sakit Terbaik Untuk Kanak-Kanak


Teringat waktu saya sangat-sangat susah hati dengan kesihatan anak kesayangan saya semasa dia kena demam campak kemudian rotavirus. Susah hati mengenangkan anak dan juga cuti-cuti kecemasan yang saya  ambil. Sememangnya saya tidak kisah ambil cuti demi kebaikan anak tersayang, tetapi saya risau dengan karenah pihak HR. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan sempurna.

Kawan sepejabat yang kasihan dan memahami situasi saya memberikan kepada saya sebuat ayat yang amat berharga bagi saya, kerana dia juga seorang ibu!! Ayat itu adalah Selawat Syifa'!!. Ya, dengan Selawat Syifa' saya cuba bacakan kepada anak saya sekerap yang boleh. Alhamdulillah, akhirnya, anak saya sihat semula. Kawan saya itu berpesan kepada saya, jika anak kerap sakit, kerapkanlah baca Selawat Syifa' ini dan niatkanlah untuk kesihatan yang baik buat anak kita. Mudah-mudahan anak kita akan jarang sakit di kemudian hari.


Baru-baru ini anak saya demam setelah lama tidak demam. Demam 'nak naik akal' orang tua-tua cakap. Suhunya agak panas, saya mahu anak saya segera sembuh dan saya juga tidak mahu risau sahaja tanpa berbuat apa-apa selain berdoa untuk kesihatan anak saya ketika saya berjauhan dengan anak saya (bekerja). Lalu saya usahakan berselawat dengan Selawat Syifa' sekerap yang boleh sambil berniat agar disembuhkan demam dan rasa ketidakselesaan anak saya. Dari pagi hingga petang, sambil pandu kereta, sambil melakukan kerja, sambil mengepam, sambil berjalan. Selawat Syifa' tidak lekang dari bibir saya.

Alhamdulillah, petang semalam demam anak sudah kebah dan badannya berpeluh seperti biasa dan dia aktif seperti biasa kembali. Saya sangat-sangat bersyukur kepada Allah S.W.T. 

Jadi, kepada anda-anda yang risaukan tahap kesihatan anak, selain menjaga, memberi ubat dan juga berdoa, apa kata anda juga berselawat dengan Selawat Syifa' agar anak anda segera sembuh.

Ya, walaupun Selawat Syifa' ini ada kontroversi tetapi kontroversi kerana orang menyalah ertikan maksud Selawat Syifa' ini. Namun sepatutnya kita perlu ingat dan sentiasa ingat setiap sakit dan musibah itu datang dari Allah S.W.T dan penyembuh juga datang dari Allah S.W.T. Kita sebagai umat perlu berusaha untuk mencari penawar dan kemudian berdoa dan berserah kepada Allah S.W.T


Selawat Syifa'






Terjemahan:
“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”

Semoga dengan sedikit pengetahuan ini dapat membantu anda dalam proses membesarkan anak masing-masing.

0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry