Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Bahaya Makanan Tanpa Disedari Kepada Kanak-Kanak

Bahaya Makanan Tanpa Disedari Kepada Kanak-Kanak



Mendidik corak pemakanan anak-anak yang sihat dari kecil dan menjauhi makanan ringan, sejuk beku, makanan yang dipekkan sebenarnya memberi pulangan kesihatan kepada anak anda dalam jangka masa panjang tanpa anda sedari. Tahukah anda, dengan memupuk corak pemakanan yang sihat sedari anak kita kecil sebenarnya, membantu meningkatkan tahap kesihatan mereka dan memastikan anak-anak kita mendapat zat galian dan nutrisi yang secukupnya. Tambahan pula, untuk pengetahuan anda penerapan corak pemakanan yang sihat sedari kecil boleh mengurangkan risiko kanser apabila anak-anak dewasa kelak.

Ya, saya tahu kebanyakkan daripada kita akan berkata "orang tua dulu-dulu makan macam-macam, takde pape pun elok sihat sampai ke tua".

Cuba anda baca apa yang saya ingin kongsikan dengan anda. Walaupun kita tidak boleh mengelakkan makanan yang menjadi musuh dalam selimut kepada kesihatan kita dan anak-anak tetapi kita mampu mengurangkannya.




Makanan-makanan yang menjadi punca-punca kanser:

1. Semua makanan yang mempunyai kesan kehitaman (hangus).
    menghasilkan amino aromatik heterosiklik iaitu karsinogen. Karsinogen 
    menyumbang radikal bebas kepada tubuh yang memusnahkan sel-sel badan dan 
    meningkatkan pelbagai risiko penyakit seperti jantung, strok, kencing manis, artritis 
    dan kanser.

2. Daging merah.
    Pengambilan secara sederhana atau jarang adalah lebih baik. Daging merah penyebab 
    kanser usus. wanita yang mengambil banyak daging merah sewaktu remaja berisiko 
    tinggi terkena kanser payudara setelah menopaus. (sumber: Epidemiologi  
    Nutrien,University of Leeds). Menurut World Cancer Research Fund, Bawang putih
    adalah penawar kepada bahaya daging merah. (Amalkan Garlic Complex setiap hari)

3. Gula.
    Merupakan gula ringkas dan tidak mempunyai sebarang khasiat dan zat yang 

    berguna. Malah, gula menyingkirkan zat sedia ada dalam tubuh yang mana 
    sepatutnya zat-zat ini diserap oleh sel-sel dan organ tubuh untuk bekerja lebih 
    efisien agar menghasilkan tahap kesihatan yang optima. Gula merupakan punca 
    kepada pelbagai jenis penyakit seperti penyakit mental, perubahan mood, 
    mencetuskan perubahan personaliti, penyakit diabetesbatu karang dan lain-lain.

4. Bahaya garam - Makanan tinggi garam, disalai dan makanan yang dijeruk/peram.
    Mengambil makanan yang tinggi sodium secara berlebihan boleh menyebabkan 
    buah pinggang gagal memproses sodium, seterusnya terkumpul dalam darah dan 
    akhirnya menyebabkan penyakit darah tinggi, merosakkan arteri jantung dan 
    meningkatkan risiko kanser perut. Seterusnya akan memberi kesan kepada bekalan 
    darah ke tisu otak yang menyebabkan otak kehilangan memori dan otak terencat. 
    Orang dewasa hanya memerlukan 7gram garam sehari dan kurang 4gram sehari bagi
    kanak-kanak.

5. Minuman bersoda / minuman berkarbonat dan minuman manis.    
    Mengandungi gula dan pelbagai aditif yang memberi risiko penyakit kepada tubuh.
    Satu gelas minuman berkarbonat setiap hari boleh menjadi penyebab serangan
    jantung. (sumber: Universiti Harvard)


6. Kentang goreng dan cip kentang yang diproses dikilang serta makanan 
    ringan yang mengandungi lemak trans.     
    Kentang goreng diperbuat daripada 'hidrogenated oils' dan digoreng pada suhu 
    yang amat tinggi. Kentang goreng turut mengandungi acrylamides, salah satu bahan 
    penyebab kanser. Lemak trans adalah lemak berbahaya kepada kesihatan 
    meningkatkan paras LDL (kolestrol jahat) dan menurunkan HDL (kolestrol baik) 
    dalam tubuh. Lemak trans merupakan penyebab penyakit jantung koronari dan 
    menyumbat pembuluh darah.

7. Aditif makanan dan minuman seperti aspartame.    
    Aditif makanan bermaksud apa-apa bahan yang dimasukkan dengan sengaja ke 
    dalam atau pada makanan dalam kuantiti kecil bagi mempengaruhi kualiti 
    penyimpanan, tekstur, konsistensi, rupa, bau, rasa, kealkalian atau keasidan 
    makanan tersebut, ataupun secara tidak langsung semasa pemprosesan, 
    penyimpanan atau pembungkusan. (sumber: Jabatan Kimia Malaysia). Contoh aditif 
    ialah bahan-bahan campuran yang diberi nama huruf awal "E", seperti E101 
    (Riboflavin), E123 (Amaranth), E211 (Natrium Benzoate), E249 (Kalium Nitrit), E322   
    (Lesitin) dan sebagainya. Antara bahan aditif yang tidak dibenarkan penggunaan 
    dalam bahan makanan adalah seperti asid borik,& pemanis tanpa zat siklamat.

    Antara kesan-kesan Aditif makanan kepada manusia:
     > Sulfit - Sesak nafas, gatal-gatal dan bengkak
     > Pewarna - Menimbulkan alergi dan kanser hati, menyebabkan hypertrophy, 
                         hyperplasia, dan masalah kelenjar tiroid
     > MSG -  Kerosakan otak, kelainan hati, trauma, hypertension, penyebab stress, 
                   demam tinggi, mempercepatkan proses penuaan, alergi kulit, mual, 
                   muntah, migrain, asthma, mengurangkan penumpuan otak dan depresi
     > BHT dan BHA - Menyebabkan kelainan kromosom pada orang yang alergi 
                                terhadap aspirin.
     > Pemanis tiruan (Aspartame) - Menyebabkan kanser perut (pemanis saccarin), 
                                                      gangguan saraf dan tumor (aspartan) dan 
                                                      mutagenik



8. Alkohol yang berlebihan.    Memberi kesan kepada kerosakan hati, menyebabkan ulser perut, menyebabkan
    kerosakan saraf dan kecacatan pada janin


9. Bahan-bahan makanan yang dibakar mengandungi Acrylamides.
    Acrylamides terhasil apabila makanan di masak pada suhu tinggi seperti goreng 
    dalam minyak terlampau panas dan juga dibakar pada suhu terlalu tinggi. 
    Acrylamides menjadi berbahaya kepada kesihatan kerana menyebabkan risiko 
    kanser seperti kanser payudara. Namun begitu,Acrylamides tidak ditemui pada 
    makanan yang dimasak secara kukus atau rebus.


0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry