Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Tips Atasi Anak Susah Makan Yang Mudah Sangat

Tips Atasi Anak Susah Makan Yang Mudah Sangat

Ramai sebenarnya anak-anak zaman sekarang yang tiada selera makan atau susah makan ni disebalik statistik negara yang menunjukkan peningkatan kanak-kanak yang obesiti setiap tahun. Berdasarkan pemerhatian saya, ramai anak yang susah makan ini kebanyakkannya turut kerap jatuh sakit seperti demam, batuk dan selesema.

Sebenarnya, peranan ibu bapa dan juga orang-orang disekeliling amatlah penting untuk mendidik anak tidak memusuhi waktu makan. Saya selalu perhatikan ada ibu bapa yang sedar kepentingan makanan berkhasiat dan masakan dari rumah. Walaubagaimanapun campur tangan orang sekeliling yang "pandai-pandai" sumbat makanan ke mulut anak orang adalah satu kesalahan besar. Sepatutnya hormati pendirian ibu bapa anak tersebut selagi cara dan pembawaan mendidik selera makan anak tidak menjejaskan kesihatan dan tidak memudaratkan tumbesaran anak itu sendiri.

ANAK SUSAH MAKAN, ANAK SUSAH MAKAN NASI, TIPS ATASI ANAK SUSAH MAKAN, CARA ATASI ANAK TIDAK MAU MAKAN,  CARA ATASI ANAK SUSAH MAKAN, PICKY EATER


Tak susah dan ambil masa yang banyak pun untuk menyediakan makanan dari rumah. Sebenarnya juga tak susah  pun nak ubah-ubah resepi orang dewasa untuk disesuaikan dengan selera kanak-kanak yang tak suka pedas dan tak suka rasa rempah yang terlalu kuat.

Sebab itu kebanyakkan kanak-kanak yang eaty picker menjadi lagi kurang untuk berminat dan fobia untuk makan sekiranya kita teruskan beri anak makan makanan orang dewasa. Perlu anda ketahui anak-anak yang masih kecil deria rasa mereka sangat tinggi dan tidak tercemar lagi seperti kita yang telah dewasa. Oleh sebab itu mereka sangat mudah mengenali sebarang perubahan dari segi rasa dalam menu harian mereka.

Kita perlu berikan mereka peringkat demi peringkat pengenalan rasa dan rempah mengikut usia mereka sedikit demi sedikit secara lembut dan tiada paksaan. Tambahan pula sistem penghadaman mereka sangat sensitif dan lembut. Sekiranya kita berikan makanan tanpa kita tahu apakah makanan yang menimbulkan reaksi alergi pada anak, ini bukan sahaja membuatkan mereka jatuh sakit malahan membuatkan perut mereka semakin sensitif.

Jadi antara tips atasi anak susah makan yang mudah sangat untuk kita buat adalah;

1. Sediakan makanan sendiri di rumah.
- Untuk tahu jenis makanan, sayur dan lauk yang digemari oleh anak
- Untuk tahu makanan yang menimbulkan alergi dan ketidakselesaan pada anak.
- Kita boleh ajar anak sedikit demi sedikit menyukai makanan yang dia tidak suka 
   sebelum ini.

2. Cuba perkenalkan rempah atau perasa semulajadi sedikit demi sedikit 
     kepada anak mengikut umur  anak. 
- Menjelang umur satu tahun antara perasa semulajadi yang boleh ditambah dalam 
  makanan seperti : santan, halia, serai, daun limau purut dan oregano. Gunakan 
  dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Tak perlu dipotong halus-halus untuk 
  mengelakkan anak tergigit dan terus menolak makanan.

- Menjelang setahun setengah boleh cuba tambahkan sedikit rempah yang tidak 
  pedas antaranya rempah kurma, five chinese spice, mix herbz (english herbs), 
  thyme, rosemarry, kunyit (gunakan kunyit hidup atau serbuk kunyit organik), 
  serbuk kunyit yang berada di pasaran kebanyakkannya mengandungi pewarna 
  sunset yellow yang menyebabkan penyakit kanser di kemudian hari

3. Tidak perlu tambahkan garam dan gula sebelum anak mencapai 
     umur setahun.
      Deria rasa mereka sangat kuat dan sensitif. Mereka dapat merasa garam mineral
      dan kemanisaa dari makanan semulajadi seperti ayam, udang, labu, lobak merah
      dan lain-lain

4. Menjelang umur setahun lebih hanya gunakan secubit garam dan gula 
     sehari jika perlu
      dalam makanan mereka. Garam berlebihan boleh menyebabkan mereka dehidrasi 
      tanpa kita sedari kerana kebanyakkan kanak-kanak jarang minum air putih secukupnya
      setiap hari.

5. Perkenalkan sayur atau lauk yang tidak pernah anak makan sekali 
    dalam seminggu. 
     Olah resepi sedia ada yang anak sukai. Cara begini mengurangkan penolakan dari anak.

6  Usah paksa sekiranya anak tidak mahu mencuba makanan barunya. 
     Sebaliknnya tunjukkan yang anda terlalu gemar dengan makanan tersebut sehingga
    buat anak teruja dan ingin mencuba. Lakukan dengan jujur. 
    Anak tahu kita berpura-pura.


ANAK SUSAH MAKAN, ANAK SUSAH MAKAN NASI, TIPS ATASI ANAK SUSAH MAKAN, CARA ATASI ANAK TIDAK MAU MAKAN,  CARA ATASI ANAK SUSAH MAKAN 



Bak kata orang tua-tua melentur buluh biarlah dari rebungnya. Maka corakkan lah pemakanaan yang sihat kepada anak-anak anda sementelah mereka kecil lagi. Jadikan lah masa makan anak anda sesuatu yang menyeronokkan dan waktu yang ditunggu-tunggu oleh anak anda.


0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry