Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Simpul Kasih Mealshake Resepi Terbaik Untuk Anak

Simpul Kasih Mealshake Resepi Terbaik Untuk Anak

Hari ahad baru ni sehari suntuk hujan-berhenti-hujan-berhenti. Yaya pun bosan tak tau dah nak main apa campur dengan ngantuk tapi mata tu tak nak tidur-tidur jugak. Mama pun lagi la malas matanya. Tunggu Yaya tidur je pun. Amik kesempatan..hehe

Pastu saya dapat idea buat simpul kasih dengan Yaya. Sebenarnya tak tau pun resepi simpul kasih yang sebenar. Yang ni main belasah je. Terkial-kial jugak la nak buat gulungan simpul kasih. Yaya lagi terer. Saya baru gulung dua popia. Dia dah gulung lima popia. Tapi ikut cara dia la..T__T

RESEPI SIMPUL KASIH, SIMPUL KASIH MEALSHAKE RESEPI, SIMPUL KASIH, MEALSHAKE SHAKLEE, MEAL SHAKE SHAKLEE, MEAL SHAKE, SIMPUL KASIH

Apapun dapatla buat simpul kasih tu untuk tiga kali makan. Yaya makan berselera sungguh. Hasil kerja tangan dia la kunun-kununnya. Haihhh..rugi plak tak tangkap gambar dia masa tengah makan.

Yang specialnya simpul kasih ni saya tambah dengan melashake. Jadi ada rasa lemak-lemak manis berkrim gitu. Itu yang Cik Yaya makan sampai licin tak bagi abah dia makan sama. Hahaha.

Ok. Nak tau resepinya. Boleh la amik kat bawah ni. Mudah dan ringkas je.

Bahan- bahan
  1. Kulit popia bersaiz yang paling kecil sebesar tapak tangan (potong 4 bahagian)
  2. Minyak sayuran baru untuk menggoreng
  3. Satu sudu kecil Meal shake Shaklee
  4. Secubit gula

Cara Buat
  1. Lepas potong kepada 4 bahagian lerai-leraikan satu persatu dan gulungkan ikut citarasa anda
  2. Gulung la sebanyak dan selarat yang anda suka dan mampu
  3. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Kecilkan api
  4. Lepas suhu minyak dah sesuai untuk menggoreng. Masukkan gulungan popia tu tadi 
  5. Goreng sampai kuning keemasan. Anggaran dalam 1-2 minit sahaja
  6. Angkat dan toskan lebihan minyak.
  7. Bila suhu gulungan popia tu dah suam-suam kuku. Gaulkan dengan mealshake shaklee beserta secubit gula
  8. Hidangkan sebagai snek waktu petang atau bila-bila masa kepada anak anda
Sangat sesuai untuk anak yang nak di wean off tapi tak nak minum susu selain susu ibu

===SELAMAT MENCUBA===

0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry