Kurangkan Masalah Muka Berminyak Dengan Nutriwhite Shaklee
Mesti anda pun ada mengalami masalah muka berminyak. Bangun pagi tu usah cakapla, rasa melekit je muka. Tengok kat cermin lagila. Berkilat.
Bila muka berminyak ni, sekitar wajah rasa tak selesa, kurang keyakinan diri dan populasi jerawat mulalah bercambah di sana sini. Tambahan tubuh kita dalam keadaann "stress", kurang tidur, corak pemakanan yang tak bagus dan sebagainya.
Saya juga begitu. Masalah muka berminyak ni bukanlah perkara lama sedari anak dara. Tapi bermula setelah berkahwin. Bila dah berkahwin "vitamin G" mula terlebih dalam badan itu yang hormon jadi tak teratur. Muka yang tak de masalah, jadi berjerawat sana sini dan berminyak.
Sampailah saya tergerak hati mencuba produk Nutriwhite Shaklee. Alhamdulillah, masalah muka berminyak dan berjerawat kini beransur kurang. Sejak saya menggunakan Gentle Action Makeup Remover Shaklee kini muka saya rasa selesa ringan dan kurang berminyak. Kalau kering sanga menggelupas pulak kulit saya ni (dahla keja dalam air-cond).
Apa yang menariknya, nama set penjagaan wajah shaklee ni, NutriWhite, walaupun ada perkataan "white", tapi set penjagaan shaklee ini tidak menghakiskan kulit sehingga kulit muka menjadi lebih sensitif di kemudian hari. Agen pencerahan bertindak secara lembut saja dan anda akan dapati tona wajah anda lebih sekata dan lebih cerah berbanding sebelum ni.































