Setahun Sudah Genap Menyusukan Abu Ayyub
Ahad lepas cukup setahun saya menyusukan Abu Ayyub. Kalaupun Adik tak boleh makan kek lagi (sebab mama tak bagi). Saya tetap nak buat acara potong kek kecil-kecilan. Kenapa?. Maksud tersiratnya, saya dah berjaya susukan Abu Ayyub sepenuhnya dengan susu badan saya. Tak tergambar dek kata-kata kepuasan seorang ibu menyusui anaknya.
Alhamdulillah, sepanjang setahun ni bekalan susu EBM yang saya pamkan untuk Abu Ayyub sentiasa lebih dari cukup. Deep freezer pulak kejap-kejap dah penuh. Siap ada dua orang anak susuan lagi. Dan kalau dicampur dengan yang anak susuan yang pertama, ada tiga orang semuanya.
Cuma yang ketiga tu dah tak dapat nak ambil stok EBM sebab dah pindah ke Shah Alam dan memang jaranglah nak dapat datang ke sini. Sebab tiada saudara mara di Penang ni.
Pengalaman Sepanjang Setahun Menyusukan Abu Ayyub
Pengalaman kedua pun, tapi setiap anak tu ada keunikkannya yang tersendiri. Pengalaman semasa menyusukan Yaya hingga dua tahun dan bersambung hingga kini lain, dan pengalaman menyusukan Abu Ayyub pula ada kelainannya. Yang pasti, dua-dua anak berikan pengalaman terhebat buat saya.
Nak cerita Adik minum susu badan banyak macam tanggapan orang yang bayi lelaki minum banyak tak juga. Adik minum 3.5oz setiap kali darab 4-5 botol selama duduk kat rumah Opah lebih kurang 11 jam lamanya. Itupun ada masa cepat habis, ada masa dekat sejam baru habis. Hehe
![]() |
Selepas Dilahirkan dengan berat 3.49kg |