Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Pengalaman Susu Kurang Akibat Sibuk Pindah Rumah Dan Cara Banyakkan Susu Badan Semula

Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak pastinya saat susu badan merudum adalah saat yang paling sedih dan agak tertekan. Ianya adalah perkara biasa kerana semua ibu menyusukan anak mengalami saat-saat pengeluaran susu yang berkurang dalam tempoh sepanjang susukan anak masing-masing.
Begitu juga saya.

Walaupun orang melihat saya sebagai ibu yang punyai banyak susu, namun saya juga tidak ketinggalan mengalami saat-saat jumlah susu terkumpul kurang daripada biasa. Samaada semasa anak pertam mahupun saat sedang melengkapkan tempoh penyusuan untuk anak yang kedua ini.

Bezanya, saya lebih tenang saat mengalami kejatuhan pengeluaran susu badan dan tahu apa yang perlu dilakukan. Punca susu kurang adalah kerana 2-3 bulan sibuk dengan urusan pindah rumah. Pindah barang secara sedikit, ditambah dengan kesibukan bekerja dan menjaga anak kecil menuntut sepenuh tenaga dan perhatian.

Tetapi pada masa itu pengeluaran susu badan masih seperti biasa, kerana saya masih berdisiplin dalam menjaga hal pemakanan dan juga menyusu dan mengepam. Tetapi tidak pada minggu terkahir proses pindah rumah. 

Kerana terlalu fokus dan sibuk saya terlupa untuk mengepam dan juga tidak bangun malam untuk menyusukan anak. Juga tidak menjaga pemakanan, begitu juga supplement, semuanya saya abaikan dek terlalu sibuk memindah, membersih dan mengemas rumah yang baru. Penatnya hingga ke tulang. 

Kemudian sebaik habis membersih dan mengemas rumah baru, saya sibuk pula bersiap-siap untuk bercuti merehatkan minda yang serabut kononnya ke Pulau Pinang. Ahak. Jauhnyaaaaa.

Sebagai akibat, hari isnin jumlah pengumpulan susu agak kurang memberansangkan sedikit. Sebelum ini saya dapat mengumpul sehari sekitar 24oz hingga 30oz, tetapi kelmarin saya hanya dapat mengumpul 20oz, dan saya dapat merasakan payudara lambat penuh. Oh noooooo!!!!!

Tapi saya tetap positif, jaga pemakanan dan pengambilan supplement yang teratur, serta minum air kosong yang mencukupi. Maka malam tadi sebaik pulang ke rumah, bermula misi tandem nursing kedua-dua beradik ni hingga ke pagi. 

Hasilnya??

Alhamdulillah.

Setiap kali sesi mengepam dapat dalam 6oz. Seperti biasa!. Alhamdulillah. Susu badan banyak kembali seperti biasa

Menjadi pengajaran berguna buat saya >_< !!


Lagi pengajaran berguna ===> Ibu Yang Panik Nak Tambah Susu Badan Hingga Sanggup...


Ibu Yg PANIK Nak Tambah Susu Badan; Hingga Sanggup.... from iReach HD on Vimeo.





SID, ID, 882854, PENANG, SEBERANG, PERAI, UTARA, TENGAH,SELATAN, KEPALA, BATAS, SHAKLEE, BEBAS, JAYA,PERMATANG, PAUH, PERMATANG, SUNGAI, DUA, BULUH,BULOH, COD, PENGHANTARAN, PRODUK, VITAMIN, SUPPLEMENT

Pengedar Sah Shaklee: Atiqah Aziz | ID:882854
SMS / Whatsapp: 012-5770682
PM Facebook: Atiqah Aziz

0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry