Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Sakit Kepala Lepas Balik Clearance Sales Kilang Marcoco

Hari ini tercapai juga hasrat nak ke kilang Marcoco Furniture yang terletak di tepi Lebuhraya Utara-Selatan ni. Kilang perabot tu buat jualan murah dari 12hb Januari sampai 5 Februari 2015.

Kami pergi bertiga semua geng GIS. Hehe. Dengar kata semua pakat serhy kilang Marcoco tu. Macam murah sangat Jualan Gudang yang depa buat tu.

Hasil tinjauan mendapati harga memang murah dan berbaloi dengan kualiti. Mana nak dapat set meja makan RM1000++ dengan kualiti kayu yang baik dan berat. (Aku pun bukan pakar perabot~~~). Tapi kalau di kedai perabot biasa mahu harga satu set meja makan dalam RM3000+++

Ada juga yang berkenan tapi kena angkut encik suami datang ke kilang perabot Marcoco ni lah. Tak tau nak buat pilihan. Nanti salah beli rugi. Dah la untuk rumah sendiri mesti nak yang terbaik dan berbaloi. Kononnnnnn. Kikiki.

Tapi dah aim 2-3 barang. Tak pe. Semua harga barangan buat orang geram je. Baru teragak-agak nak beli set meja tulis Yaya. Tapi warna hijau. Memang tak menepati citarasa Princess Elsa tu la.huhu. Tengok lagi sekali tadi. Dah SOLD OUT kauuu. huhu.

Elok nak balik masuk ke dalam kereta, mula terasa sakit kepala. Alamak. migrain sudah mari. Tula, kena panas sejuk panas sejuk. Tahan sakit jap. 

Sampai ofis, rehat kejap, makan lepas tu makan B Complex dan 4 biji ostematrix. Lega sakit kepala, Tak payah dah makan panadol. hihihi. Pam susu pun tak terjejas. Dapat 7 oz setengah. Alhamdulillah.

0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry