Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Yaya Dah Masuk Tadika Upin Ipin

Tahun 2015 ni merupakan tahun pertama anak saya mula bersekolah. Tadika je pun. hehe. Tapi mak anak sulung biasalah excited terlebih siap ambil cuti nak hantar dan tunggu anak seharian di sekolah.

Em, jangkaan saya tentula Yaya tak menangis. Tak macam maknya dulu-dulu. Walaupun sebelum ni dia kadang-kadang boikot tak nak pergi sekolah sebab nak sambung menyusu dengan mama (ada ka patut). hehe.

Hari pertama berjalan lancar. Eh tengok nak masuk tengahhari kita sorang ja mak yang tunggu anak. Nampak sangat engkau over jah. hehe. Tapi ada aku kisah. Pagi tadi dah pakai Ultimate Protection Whitening Lotion with SPF 15 itu tak tahu malu. muahaha.

Elehhhhh. mak-mak lain ada yang tak tunggu sebabnya takut anak menangis bila ibu bapa ada. (Buat sedap hati)

Hari pertama pelajaran pertama adalah belaajar cara bersila. Yaya memang tau bersila. Tapi tak biasa duduk bersila lama-lama. Balik rumah malam tu baru terasa lenguh-lenguh. Kesian anak mama ni. Tu la selalu duduk macam katak je. Atau dengan pengertian paling mudah. Anak mama mana penah duduk setempat dalam 1 jam. hehe..

Waktu rehat saya tengok rentak Yaya. Alhamdulillah. Sejuk perut mama. Dia tak nak pun ambil makanan dan minuman yang cikgu sediakan. Dia siap cakap tak nak. Yaya ada bekal makanan dan minum sendiri. Siap tunjuk dan cerita lagi. Bagus juga penangan cerita Timmy Time ni. hehe

Ok, hasil siasatan saya. Cewahhhh. Saya berpuas hati dengan persekitaran sekolah dan corak dan jadual pembelajaran sekolah Yaya. Abah yang pilih sekolah. Lagi sekali Abah juga menang pilih. Huh. Tak aci.

Okla Yaya sejak pergi sekolah. Teruja je hari-hari nak pergi sekolah. Tapiiii..nenen tetap nenen. hehe. Cuma nak latih dia agar senang bangun mandi pagi je. Al maklumla. Duduk rumah opah pukul 9-10 baru mandi. >_<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry