Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia
Memaparkan catatan dengan label Kenapa Susu Badan Berkurang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenapa Susu Badan Berkurang. Papar semua catatan

Pengalaman Susu Kurang Akibat Sibuk Pindah Rumah Dan Cara Banyakkan Susu Badan Semula

Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak pastinya saat susu badan merudum adalah saat yang paling sedih dan agak tertekan. Ianya adalah perkara biasa kerana semua ibu menyusukan anak mengalami saat-saat pengeluaran susu yang berkurang dalam tempoh sepanjang susukan anak masing-masing.
Begitu juga saya.

Walaupun orang melihat saya sebagai ibu yang punyai banyak susu, namun saya juga tidak ketinggalan mengalami saat-saat jumlah susu terkumpul kurang daripada biasa. Samaada semasa anak pertam mahupun saat sedang melengkapkan tempoh penyusuan untuk anak yang kedua ini.

Bezanya, saya lebih tenang saat mengalami kejatuhan pengeluaran susu badan dan tahu apa yang perlu dilakukan. Punca susu kurang adalah kerana 2-3 bulan sibuk dengan urusan pindah rumah. Pindah barang secara sedikit, ditambah dengan kesibukan bekerja dan menjaga anak kecil menuntut sepenuh tenaga dan perhatian.
Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry