Dari Kepala Batas ke Jusco Alma Sangat Memenatkan
Haiiyaaaa. Salah target la hari ni. Hmmm ingatkan Aeon Big Alma (Aeon Big Perda pindah ke Alma), yang baru ni best sikit nak shopping baju-baju raya Yaya. Rupanya, duk dalam kereta sahaja satu jam lebih.
Lama tak pergi ikut jalan ke Bukit Mertajam tu. Mana nak tahu Jalan di situ ditutup untuk kerja-kerja pembinaan menaik taraf landasan keretapi. Hmmm, banyak betul "fly over" rasa kalah KL kut. Huhu.
Bagi saya lokasi Aeon Big Alma tu tak sesuai la. Sebab kena lalu pekan Bukit Mertajam yang dah sedia padat dan sibuk.
Masuk dalam perkarangan Aeon Big tu pening nak cari parking. Parking penuh, al-maklum la ramai orang sibuk nak beli baju raya macam kami ^^. Akhirnya dua kali pusing Mr.hubby pun dah bunyi-bunyi tu, jadi setujula parking atas bumbung.



























