Cerita Cara Banyakkan Susu Ibu
Hari ni teringin
nak cerita pengalaman menyusukan anak
saya yang nak masuk dua tahun 8 bulan. Saya nak ceritakan macamana saya Berjaya
kumpulkan stok, macamana saya lawan rasa letih, sedih, stress dan macamana saya
buat 4 keje dalam 1 masa. Sampai Berjaya menyusukan anak hingga hari ini.
Saya mula mengumpulkan stok dua minggu sebelum bekerja (jangan tiru aksi
berbahaya ini). Agak lambat sebab kurang pengetahuan sangat walaupun masa
mengandung punya la pulun baca dan kumpul macam-macam bahan pasal penyusuan.
Masa tu saya tak kenal lagi supplement penyusuan Shaklee. Pulun jugak pam. 1
jam lepas menyusukan anak atau setengah jam menyusukan anak. Saya pun mula
mengepam. Masa tu sangat la kurang ilmu pengetahuan. Walaupun masa mengandung macam
“oh, macam ni, senang je, aku boleh buat ni”. Sekali pam saya spend dekat sejam
jugak la. Hehe.
Dan sebab saya
guna manual single pam, jadi masa yang diperuntukkan tu lebih lama la. Masa tu
memang letih, saya dah duduk di rumah sendiri balik. Suami pegi keje. Yang saya
tau saya perlu kumpulkan sebanyak mungkin susu badan, sebab anak saya minum
setiap 2 jam sekali dan saya akan tinggalkan dia dengan mak mentua selama 2
hari. Jadi sehari saya perlu peruntukkan 12 botol. Dengan anggaran memula 1 ½ oz.
Akhirnya saya dapat jugak kumpulkan susu untuk bekalan hampir seminggu. Sampai
peti ais mak mentua tak muat. Apa yang saya ingat, saya cukup pentingkan
pemakanan berkhasiat. Saya pentingkan kalsium dalam hidangan harian saya, pagi
dan malam mesti minum susu, dan makan itu wajib. Memang paksa suami beli itu
ini nak cukupkan keperluan menu makan saya. Hehe
Lepas tu, bila mula bekerja saya jarang pam, waktu rehat makan tengah hari je
saya pam. Yang saya heran susu saya tak meleleh pun. Cuma sakit sebab payudara
bengkak Allah s.w.t je yang tau. Bukan sebab bos tak bagi ke apa. Tapi sebab
tak reti manage time. Dan takut sangat orang cakap saya curi tulang waktu bekerja.
Jadi susu yang mulanya bila saya pam dapat 2 botol panjang penuh. Jadi dua
botol pendek 4 oz sampai la hanya dapat sebotol penuh 4 oz. Lepas tu baru saya sedar, saya tak
boleh anggap Allah s.w.t murahkan rezeki susu ibu untuk anak saya. Tapi saya
yang kena berusaha kosongkan payudara sekerap mungkin. (Selepas ditegur oleh
puan boss – pentingnya mengepam setiap 3 jam jika anak berjauhan dengan saya)
Saya pun mula mengepam setiap 3 jam termasuk kat rumah. Tengah malam pun bangun
pam susu. (masa tu anak tak duduk dengan saya, setiap selang 2 hari).
Perasaan saya sangat sedih masa tu sebab
berjauhan dengan anak. Sampai satu tahap anak pun dah tak boleh berjauhan
dengan saya, saya mula berulang-alik pegi keje dari rumah mertua, walaupun
mulanya suami tak bagi sebab risaukan keselamatan saya sebab rumah mertua jauh
dari tempat kerja (dalam ½ jam perjalanan) dan masa tu saya menunggang motor
je. Letih usah kira.
Lepas tu susu badan banyak kembali dan saya pun dah tukar pam dari manual single
pump kepada double electric pump. Dan mula mengambil supplement penyusuan Shaklee
untuk membantu membanyakkan susu. (Siap buat power pumping selama dua minggu lagi)
Moralnya, ibu-ibu yang nak banyakkan susu, tak de jalan mudah. Kena korbankan
masa mengepam susu, dan kerap menyusukan bayi. Takpa kita letih. Setiap usaha kita mengepam susu, bangun
tengah malam pam lagi, semua tu kita dapat pahala. Dan semua usaha kita tu
berbaloi di kemudian hari.
Kenapa?. Salah satunya, anak memang rapat dengan kita walaupun masa seharian
banyak dihabiskan kat rumah mertua. Sebab tu la, kalau ada orang cakap mertua
jaga mesti dia rapat giler dengan mertua. Padahal hakikatnya, dia paling rapat
dengan saya, Nampak saya takmau dah dengan orang lain. Hehe.
Saya tak rimas langsung bila anak melekap dengan saya. Sebaliknya saya bangga
dan bahagia bila anak melebihkan mamanya berbanding orang lain termasuklah
abahnya sendiri. Hehe.
0 comments:
Catat Ulasan