Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Resepi Popia Berkeju Untuk Anak

Resepi  Popia Berkeju Untuk Anak

Mudah je resepi popia berkeju ni dalam 15 min je masa menyediakan dan masa memasak. Cong. Ceng. Cong. Ceng. Dah siap. Anak pun suka. Ibu pun gembira ^_^. Popia berkeju ni berkhasiat untuk anak dan membekalkan tenaga. Anda boleh sediakan sebagai sarapan pagi atau snek berkhasiat diwaktu petang^__^


Bahan-bahan Resepi Popia Berkeju Untuk Anak

- 4 Kulit popia yang bersaiz kecil (sebesar tisu muka tu)
- 1 biji telur (dipukul rata)
- 1 keping cheese (jenama Beega dalam plastic warna hitam,merah – kurang garam)
- 3 batang kacang buncis - dihiris (dihiris halus – kalau untuk bayi 2 tahun ke atas)
- 1 biji bawang kecil (dihiris halus)
- Secubit kecil garam (ikut suka)


Cara Memasak Inti Resepi Popia Berkeju:

- Tumis bawang dengan setengah sudu minyak masak. Sehingga layu. Selama 1 min.
- Masukkan telur yang telah pukul rata, kacau selama 1 minit.
- Masukkan kacang buncis yang telah dihiris. Kacau lagi selama 5 min sehingga telur menjadi seperti omelatte
- Tutup Api
- Biarkan 1 minit. Koyakkan kecil2 keju ke atas inti. Dan gaul rata.


Cara Sediakan Popia Berkeju Untuk Anak

- Bahagikan inti untuk 4 keping kulit popia
- Ambil satu bahagian inti dan letakkan dihujung sudut kulit popia dan gulung sambil kelim dikiri dan kanan popia.
- Buat lagi sehingga terhasil 4 biji popia.
- Goreng dalam minyak sederhana panas.
- Sedia dihidangkan dengan sos spaghetti yang sedapp^__^




Sharing Is Caring

Atiqah (ID Shaklee: 882854)
Atiqahaziz84@gmail.com
SMS: 012-5770682




PENGEDAR SHAKLEE, JURU, KEPALA BATAS, SEBERANG JAYA


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry