Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Buka Pekung - Bagaimana Saya Menjadi Ahli Shaklee

Buka Pekung - Bagaimana Saya Menjadi Ahli Shaklee


Kalau diikutkan, saya ni seorang yang kurang bercakap, sangat-sangat pemalu dan kurang bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti sosial sihat bersama kawan-kawan. Maksud saya sosial yang sihat di sini ialah aktiviti sukan seperti bowling, badminton, aktiviti barberkue, treasure hunt dan pelbagai lagi. Tambahan saya sangat kurang selesa apabila berada di tempat yang ramai orang. Jadi saya sangat selesa berada di rumah sendiri.

Saya menjadi pengamal supplement Shaklee sewaktu anak sulung saya berumur lima bulan. Ketika itu, saya ambil supplement shaklee ini kerana ingin banyakkan kembali susu badan saya yang semakin susut akibat kesalahan teori dan adaptasi ilmu penyusuan (kurang ilmu, kurang mengepam). Kiranya, saya ini makan vitamin susu ibu bukan vitamin kesihatan walaupun hakikatnya vitamin meningkatkan kesihatan dan mengembalikan tenaga tubuh kemudian baru kita bertenaga dan bersemangat untuk 'memproses' susu ibu.

Beberapa bulan kemudian, Distributor Shaklee saya bercerita mengenai peluang berniaga dengan shaklee. Tetapi saya tiada minat berniaga ketika itu kerana 'mind set' saya, cukuplah rezeki bekerja dengan majikan ni, kerja pun stabil. Dan juga saya ragu-ragu dengan bentuk perniagaan Shaklee mulanya, takut seperti perniagaan MLM yang pernah di'offerkan' oleh seorang kawan kepada saya dan katanya, perlu buat pinjaman dengan majikan untuk memulakan perniagaan. Tapi ternyata telahan saya silap, Produk Shaklee dan MLM Shaklee sungguh istimewa dan berbeza.


Tambahan katanya, saya tidak perlu  menjual barang jika saya tidak bersedia atau tidak mahu. Saya hanya perlu mencari downline-downline saya sahaja. dan saya makan komisen hasil daripada pengumpulan downline-downline saya itu. Oh, sudah tentu saya menolak. Pertama, saya tidak pandai bercakap dan perlu pula mencari downline.-downline tanpa pemahaman yang kurang mengenai perniagaan tersebut. Kedua, nampak sangat sistem perniagaan sebegitu berat sebelah dan tidak memberi jaminan jangka masa panjang kepada saya.

Seterusnya, hati saya terbuka untuk mejadi Ahli Shaklee apabila distributor Shaklee saya memberitahu kiriteria-kriteria menarik untuk menjadi ahli shaklee yang membuatkan saya berfikir dan mengambil keputusan untuk menjadi salah seorang ahli shaklee, antaranya:

=> Tidak perlu buat pinjaman kewangan

=> Tidak memerlukan modal yang besar hanya RM75 untuk pendaftaran ahli 
      dan keahliannya adalah seumur hidup

=> Berusaha sendiri untuk mendapatkan target jualan dan juga pangkat 
      dalam Shaklee

=> Tiada perbezaan 'upline' dan 'downline'. Masing-masing perlu berusaha 
      memantapkan jualan untuk mendapatkan keuntungan dan impian hidup

=> Sangat berbaloi. Ahli Shaklee akan ditunjuk ajar dan dipantau untuk membina 
     perniagaan produk shaklee

=> Prinsip yang sangat bagus. Tidak memburuk-burukkan produk kesihatan lain 
      untuk meningkatkan jualan

=> Kelas tutorial online dan offline akan diberikan kepada Ahli-ahli Shaklee

=> Turut diterapkan nilai-nilai murni dan makanan rohani (Tuhan yang memberi 
      rezeki) dalam usaha meningkatkan dan mengembangkan perniagaan

=> Setiap pembelian produk akan mendapat points (UV) yang akan ditukarkan 
      kepada nilai wang (RM) mengikut terma dan syarat Shaklee

=> Berpeluang meningkatkan kesihatan diri dan keluarga sambil berniaga

=> Produk Shaklee adalah 100% semulajadi, selamat dan berkesan 
     dengan lebih 80,000 ujian  setiap tahun termasuk ujian-ujian klinikal bagi 
     produk-produknya

=> Shaklee tidak menjalankan ujian klinikal ke atas haiwan sebab itu 
     produknya berkesan dan selamat

=> Produk Shaklee produk nombor satu dipasaran. Permintaan yang tinggi 
     semenjak dari tahun 1950 an lagi

=> Produk Shaklee telah berada dipasaran sejak 50 tahun yang lalu. 
     Menunjukkan pelanggan seluruh dunia yakin dengan keberkesanan 
     Shaklee

=> Produk Shaklee tidak mempunyai silika gel, bahan perasa, pewarna dan 
      pengawet tiruan.

=> Ahli Shaklee yang mendaftar dibawah saya akan dipimpin oleh 3 orang 
     Master Coordinator ternama yang sangat prihatin, sentiasa membantu 
     dan menjaga ahli-ahli shaklee dibawah naungannya

=> Boleh berniaga dan berurusan dari rumah secara online dan pos sahaja.

=> Tidak Perlu Berniaga dari mulut ke mulut atau rumah ke rumah, hanya 
      online  (sangat sesuai dengan saya^_^)

=> Ahli Shaklee (downline) yang berusaha gigih dan medapat keuntungan 
     yang banyak dari upline boleh menyaingikedudukan upline bila-bila masa

=> Berpeluang mendapat intensive kereta, melancong ke luar negara 
     dan juga menunaikan umrah yang ditawarkan Shaklee

=> Produk-produk Shaklee di Malaysia telah mendapat sijil halal 
      dan diyakini statusnya.


Banyaknya senarai kelebihan menjadi Ahli Shaklee ni. Sebenarnya ada lagi tapi tak tercerita. Pengalaman saya, bagi saya tiada perniagaan MLM seperti Shaklee yang adil terhadap ahli-ahli Shakleenya dan jarang-jarang sistem MLM yang mempunyai Master-master coordinator yang sangat sayang dan sangat-sangat prihatin (sanggup turun padang) demi ahli-ahlinya dalam mencapai impian hidup setiap ahli Shaklee.

Ruginya saya, membazir masa hampir setahun memikirkan tawaran berniaga bersama Shaklee. Jadi, jangan jadi seperti saya berfikir hingga bertahun. Rebut peluang jadi Ahli Shaklee bersama saya dan nikmati kelebihan-kelebihan yang ditawarkan oleh Shaklee dan pelajari ilmu-ilmu berharga dan eksklusif yang diperturunkan oleh 3 orang Master Coordinator ini untuk menjadi peniaga yang berjaya seperti mereka walaupun masih mempunyai kerjaya tetap.

Hubungi saya, Atiqah Aziz di atiqahaziz84@gmail.com untuk maklumat lanjut.


Credit to Lyna Noh & GenkiMomma



2 comments:

Tanpa Nama berkata... Reply Comment

"Ahli Shaklee (downline) yang berusaha gigih dan medapat keuntungan yang banyak dari upline boleh menyaingi kedudukan upline bila-bila masa" Maksudnya masih ada konsep Upline & Downline la ya?

Unknown berkata... Reply Comment

Itu standard MLM mesti ada Upline dan Downline. Yang membezakan Bisnes Shaklee di bawah Group iReach dan Buterfly adalah upline adalah mentor dan donwline adalah mentee. Tiada istilah goyang kaki bagi upline. sila lihat sini untuk penerangan lanjut http://www.lynanoh.com/

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry