Resepi Nasi Tomato dan Ayam Goreng Madu Istimewa Untuk Anak
Masa cuti-cuti ni boleh la nak tukar menu anak sebab tak terkejar-kejar dengan waktu bekerja. Macam hari ni, korek-korek peti ais, cadangnya nak buat nasi ayam, akhirnya terbuat nasi tomato. hehe. Kebiasaannya menu untuk Yaya ni saya ubah suai agar disesuaikan dengan selera yaya dan perut anak kecil yang tak taham pedas ni. Bagi saya tak payah nak ajar anak tak menyempat-menyempat makanan yang pedas-pedas. Perjalanan hidup diorang panjang dan usus pun nak kena jaga juga sedari kecil. Perut nak pakai lama!!!
Ok, hari ni saya buat nasi tomato berserta ayam goreng madu dan juga bunga kobis masak kurma. Ringkas sahaja bukan. Tapi yaya makan berselera hingga dua kali tambah. Semuanya licin^__^
Oleh kerana cara saya memasak adalah "campak-campak" sahaja dan memasak untuk makan petang dan malam sekali. Jadi korang pandai-pandai la ubahsuai berapa banyak bahan yang nak digunakan.
Bahan-bahan Ayam Goreng Madu
- Daging Ayam dicuci bersih
- Kicap organik
- Gula merah
- Secubit garam
- Madu
Cara memasak Ayam Goreng Madu:
- Gaul sekata daging ayam bersama kicap organik, madu, gula merah dan secubit garam. Perapkan dan simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya satu jam sebelum menggoreng. Lagi lama diperap lagi mesra bahan perapan dengan daging ayam dan lebih sedap.
- Panaskan minyak dan goreng ayam dengan api kecil supaya daging ayam tak hangit dan masak dengan elok. Bahan-bahan perapan akan membuatkan luaran daging ayam akan menjadi hitam seolah-olah hangit.
Dah siap perap ayam. Kita buat nasi tomato pulak dengan bunga kobis masak kurma.
Bahan-bahan Nasi Tomato
- Beras dicuci bersih dan ditoskan airnya
- Buah tomato
- Halia
- Bawang merah/besar
- Bawang Putih
- Minyak masak
- Bunga lawang
- Kayu manis
- Air rebusan ayam
Cara memasak Nasi Tomato:
- Kisar sedikit halia bersama, bawang merah, bawang putih, tomato berserta sedikit minyak masak hingga halus
- Panaskan sedikit minyak dah goreng beras hingga beras menjadi lutsinar.
- Kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan tumis lagi hingga naik bau wangi,
- Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan juga sedikit bunga lawang dan kayu manis
- Masak dengan api kecil dan kacau sesekali sehinga nasi tomato masak.
Bunga Kobis Masak Kurma
- Bawang merah/besar
- Serbuk kurma
- Bunga kobis
- Sedikit air
- Sedikit minyak zaitun (minyak zaitun menyedapkan lagi rasa masakan yang ringkas)
Cara Memasak Bunga Kobis Masak Kurma:
- Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang dan serbuk kurma sehingga naik bau.
- Masukkan bunga kobis yang telah dipotong mengikut citarasa masing-masing beserta sedikit air
- Masak selama 5 minit dan tutup api.
Ini lauk dinner untuk nasi tambah kali kedua. Sampai habis bunga kobis masak kurma, masak sayur sawi pulak ^__^ |
Tadaaa...siap sudahhhh...
Cubalah nampak macam remeh tapi sebenarnya cepat dan ringkas je. Tips masak untuk anak kecil. Halia tu jangan kisar banyak sangat, sebaliknya 1-2 hiris sahaja sudah cukup. Selebihnya hiris kasar-kasar dan masukkan semasa menumis bahan-bahan kisar nasi tomato tadi.
Sambil memasak saya sempat sediakan buah untuk Yaya makan. Dan elok dalam 15-20 minit selepas yaya makan buah, nasi tomato dan lauk-lauk pun siap dimasak. Tak la yaya berasa cepat kenyang sebab baru lepas makan buahkan. Dia pun ralit makan buah tak kacau kita masak dah..hehe..Strategi itu penting..hehe..
0 comments:
Catat Ulasan