Jalan-Jalan Reunion ADTEC Di Restoran D'Tasik Uniten
Sabtu minggu lalu kami sekeluarga bertolak dari kampung halaman saya ke Uniten Bangi. Kami menginap di Residence Hotel @ Uniten, Bangi. Malam tu ada reunion dinner di Restoran D'Tasik Uniten. Restoran tu terletak di belakan hotel kami menginap sahaja. Sebuah restorangterapung. Pemandangan Restoran D'Tasik Uniten dan juga Residence Hotel @ Uniten ni memang cantik.
Kat depan hotel ni ada kolam air pancut berserta ikan-ikan yang menjadi feveret port cik yaya |
Tapi rugi tak tangkap gambar. Mungkin kami semua keletihan dan Yaya merengek nak makan rambutan kali kedua dalam bilik hotel. Di tambah dengan pening bau buah cempedak wangi sangat sama naik macam kami bawak balik sebonet durian balik ke penang dulu. huhu. Ingatkan mak bagi sebiji je cempedaknya rupa-rupanya 5-6 biji cempedak dia bagi. Patutla kuat sangat bau cempedaknya.
Atasi Badan Letih Lesu Setiap Kali Travel. Say NO to Panadol or MC Lagi Dah! from iReach HD on Vimeo.
Kami tempah awal hotel ni. Tempat melalui www.agoda.com. Rugila pulak lupa nak semak harga melalui web residence hotel ni sendiri di www.residence.com.my. Nak cepat punya pasal. Tengah sibuk buat kerja lain. Walaubagaimanapun harga yang ditawarkan di Agoda ni masih lagi murah berbanding kita tempah bilik melalui cara 'walk-in'.
(Yang bertingkek-tingkek tu hotel residence & yang bergemerlapan tu Restoran D'Tasik, Cantikkan pinjam gambar web residence hotel nih..hehe) |
Bilik yang kami duduk tu bilik superior sahaja jadila. Nak tidur semalam je. Cukup selesa untuk kami berdua dengan anak kecik seorang. Bukan nak berumah tangga di hotel tu dan yang penting, sarapan pagi adalah PERCUMA. hehe. Tak payah kalut cari makan pagi dah. Turun-turun hotel terus isi perut.
Ok jom tengok perbandingan harga ni. (Harga yang ditawarkan mungkin berbeza mengikut bulan/tarikh bilik yang ingin ditempah)
Harga tempahan bilik secara walk-in: RM232.00
Harga tempahan bilik melalui Agoda.com: RM158.00 (termasuk caj-caj yang berkaitan)
Harga tempahan bilik melalui web Hotel Residence, uniten ni: RM130.00
Ha, masih untung lagikan tempah bilik melalui Agoda.com ni, yang penting yang membayarnya dan segala perbelanjaan ditanggung encik suami. Saya tolong tempah dan mengikut je. Hehe.
Kami bertolak dari kampung halaman saya lebih kurang 11.00 am dan check-in di hotel lebih kurang pukul 2.00pm. Kebetulan dalam perjalanan setibanya di Kuala Lumpur, jalanraya agak sesak, jumpa tol dan lampu isyarat sikit jalan jadi sesak dan di tambah banyak pula tol-tol, menyebabkan kami semua malas nak keluar cari makan. Nasib baik la, untuk cik Yaya saya dah tapaukan nasi lemak dan ikan goreng talapia opahnye yang masakkan pagi tu.
Rupanya berdekatan Restoran D'Tasik ni ada medan selera yang berdekatan juga dengan masjid. Dalam 10 minit sahaja dari hotel tempat kami menginap. Encik suami makan roti ninja turtle dia dan siap besaq-besaqkan biji mata lagi tengok saya ambil megi cup. Last-last roti dia tak luak, megi kita jugak yang dia makan. Siap gurau suruh saya pergi beli lain lagi. Ha, tak bagi orang beli lagi..hehe..(sekali sekala je makan ok, darurat kenkonon), Kami nak makan apanya, dah pukul 6 lebih, lepas isyak nanti nak pegi makan malam. a.k.a reunion bekas-bekas pelajar Diploma Quality Assurance Engineering (Manufacturing), tahun 2001 dari Advanced Technology Training Centre, Shah Alam.
Jadi lapik-lapik perut sahaja sudah. Nanti kekenyangan dah malas nak jumpa kawan-kawan lama. hehe. Tapi tak semua yang hadir. Cuma 7 orang sahaja yang boleh hadir beserta dengan pasangan dan anak-pinak jadi ramai la. Lebih kurang dua meja gitu.
Semua sedang sibuk memenuhkan perut. Menu yang sedap, simple membuatkan orang tak sabar nak makan |
Harga makanan pulak, okla bagi kami dari penang ni, berpatutan. RM25/orang. Menu makanan pulak ada 4 jenis rasanya tak termasuk nasi. Haha..dah masuk perut daku tak ingat lagi berapa jenis lauk masuk dalam perut daa. Yang ingat ada sotong goreng tepung, sup campur, tomyam campur, kailan ikan masin dan air merah. Ok la tu, yang penting bebudak ADTEC ni, eh bapak-bapak dan mak-mak budak ni dapat jumpa semula, sekejap pun jadila. Ada masa dan rezeki buat reunion lagi. Saya dan anak-anak sokong, boleh mengikut. hehe
Ini pulak keluarga saya, 4 beranak sebenarnya, adik cik Yaya duduk dalam perut lagi ^__^ |
Ini keluarga Goh. Goh datang sekeluarga dengan ibunya dari Melaka. Kata encik suami, Goh ni dari keluarga baba dan nyonya. Rugi tak tanya resepi asam pedas kat ibu dia..hehe |
Eh, Cik Yaya tengok kamera laaaa....hihi |
Kak Fidah dan keluarga. Baby tak nampak ada kat luar gambar. |
Mahmud dan isteri a.k.a pengantin tak berapa baru dah.. |
Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.
SID: Atiqah Aziz (ID:882854)
SMS / Whatsapp: 012-5770682
PM Facebook: Atiqah Aziz
0 comments:
Catat Ulasan