Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Basic H Shaklee Untuk Pelbagai Kegunaan Tak Guna Yang Lain Dah

Basic H Shaklee Untuk Pelbagai Kegunaan Tak Guna Yang Lain Dah

Agak lama saya tidak menaip dalam blog sihatmacamyaya ini. Rindu juga lah. Bak kata kalau kita sibuk sekali pun kita tetap tak boleh kesibukan Rasulullah s.a.w. Semuanya ada khilaf sendiri.

Apapun saya mahu berkongsi mengenai Basic H shaklee yang pada saya sangat berbaloi-baloi. Saya tak tahu pasal jenama lain. Sebab sekali saya gunakan produk shaklee saya terus selesa dan boleh dikatakan sebahagian besar produknya saya dah cuba dan sebahagian lagi saya gunakan dalam kehidupan kami sekeluarga sehari-hari.

Ini lah Basic H kesayangan saya. Nasib tak upload gambar tengah kiss Basic H ni je..hehe

Basic H Shaklee bagi saya sangat berguna terutamanya pada waktu kecemasan dan sangat berguna di bawa bersama kemana jua. Seperti baru-baru ini, anak saya ditahan diwad, saya pesan pada suami supaya bawakan Basic H shaklee. 

Pada saya jika suami tertinggal shampoo atau sabun mandi kami anak beranak tidak mengapa. Basic H kan ada. 


Nak basuh botol minum anak pun guna Basic H.

Basuh kain lap anak pun guna Basic H.

Lapkan badan anak pun guna Basic H.

Rendamkan kaki anak pun guna Basic H. Dan anak saya asyik mintak kakinya diremdam dengan Basic H. Lega rasanya. Hilsng rasa gatal-gatal

Basuh buah pun guna Basic H.


Pendek kata Basic H memang keperluan penting dalam kehidupan kami. Hinggakan anak kami pun sudah pandai basuh buah sendiri konon nak guna Basic H tapi terguna Dish Wash Concerntrate Shaklee. Hehe. Tidak mengapa. Tidak merbahaya pun. Dish Wash Concerntrate juga adalah berasaskan bahan semulajadi 100%. 

Suami saya cakap bolehke buat mandi basuh buah sayur anak ni?. Kan tulis kat botol tu untuk kegunaan cuci lantai, tingkap dan sebagainya. Ya betul tu. Tapi di botol tu ada tulis ada 99 kegunaan selain yang dinyatakan pada botol basic H shaklee. Dah cuba baru tau.

Pendek kata Basic H shaklee ni boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. Selama kami berkampung dihospital hampir dua minggu basic H la banyak memudahkan urusan kami menjaga anak di hospital. Oh ya, tidak terkecuali, kami juga mandikan anak dengan Basic H yang sangat membantu mengurangkan rasa gatal anak akibat coxsakie. (maaf kalau salah ejaan).

0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry