Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Resepi Nasi Goreng Kari Sedap dan Mudah Untuk Kanak-kanak

Resepi Nasi Goreng Kari Sedap dan Mudah Untuk Kanak-kanak

Resepi ni jadi kegemaran anak saya yang baru berumur tiga tahun. Siap mintak lagi. Tadaaa...Ada rahsia macamana nak buat nasi goreng kari yang tak pedas. ^__^

nak tahu..meh scroll bawah lagi

SCROLL LAGI

dan SCROLL LAGI...


Hehe..jangan marah..

Selepas menjerukkan blog ni buat beberapa ketika arini nak sapu sawang sket, eh tak besawang lagi ye..ada habuk sikit-sikit je. hehe.

Okeh stop mengarut. Kita reverse balik ke topik asal iaitu Resepi Nasi Goreng Kari Sedap dan Mudah Untuk Kanak-kanak.

Pendek kata amaun yang saya guna untuk bahan-bahan nasi goreng kari ni ikut bajet kebiasaan saya je. Ini pun rupanya tak cukup sampai anak mintak lagi.Muahaha


BAHAN-BAHAN NASI GORENG KARI

- Isi Ayam
- Telur Ayam
- Sebarang jenis sayur yang sesuai untuk dibuat nasi goreng (masa buat ni stok sayur habis)
- Serbuk Kari Organik
- Sedikit Garam
- Nasi Putih
- Bawang putih dan bawang merah untuk tumisan (hiris atau ditumbuk)


CARA MEMASAK NASI GORENG KARI

  1. Panaskan minyak dan masukkan isi ayam. Masak selama 10 minit.
  2. Masukkan bawang merah terlebih dahulu (bawang putih cepat hangit). Tumis lagi dalam 2 minit
  3. Pecahkan telur dalam mangkuk dan dipukul rata 
  4. Ketepikan sikit isi ayam dalam kuali. Masukkan telur yang telah dipukul. 
  5. Kacau-kacau telur dan bagi sedikit hancur selama 3 minit
  6. Masukkan sayur, bawang putih pula dan sedikit serbuk kari organik,  boleh digaul rata dengan ayam dan telur. Tumis lagi dalam 3 minit.
  7. Masukkan nasi putih dan sedikit garam. Gaul rata dan biarkan seketika supaya perasa semulajadi meresap masuk ke dalam nasi putih tadi.
  8. Tutup api dan sedia dihidangkan

*****SELAMAT MENCUBA*****

2 comments:

Tanpa Nama berkata... Reply Comment

mana resepinya>????????????????????

Unknown berkata... Reply Comment

scroll dalam entry lah Tanpa Nama oiit..hehe

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry