Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Resepi Nasi Goreng Sorok Sayur Untuk Anak Tak Suka Sayur

Resepi Nasi Goreng Sorok Sayur Untuk Anak Tak Suka Sayur


Sebenarnya ini resepi malas. Nasi goreng ni saya buat untuk Yaya makan malam. Lauk yang masak siap-siap pagi tadi dah habis. Dah malamkan, mama pun dah letih, saya pun masak yang simple sahaja.

Nama pun budak-budak, deria rasa sedang berkembang. Kalau dulu bagi sayur apa pun, semua Yaya makan. Bawang merah, bawang putih pun Yaya makan juga. Tak banyak karenah. Sekarang dia dah pandai beritahu, 

"Mama, Yaya tak suka bawang putih" atau;

"Mama, Yaya tak suka bawang merah"

Biasanya saya biarkan sahaja. Masak tetap guna bawang merah dan putih. Sebab bawang merah dan putih ni banyak manfaatnya untuk kesihatan. Terutama bawang putih yang bertindak sebagai antibiotik semulajadi. Murah pula tu.

Selalunya saya beritahu Yaya. "Mama bubuh bawang merah da nbawang putih untuk bagi sedap dan wangi lauk Yaya. Kalau Yaya tak suka makan tak apa, Mama letak kat tepi pinggan aja ye"

Dan selepas tu Yaya boleh makan macam biasa dah ^_-

Sekarang ni tak berapa gemarkan brokoli. Padahal brokoli tu kaya dengan sumber kalsium dan baik untuk perkembangan otak. Aha, idea mama datang. Jeng. jeng. jeng. Tengok kat gambar ni.

Set Berpantang Sesuai Ketika Anak Jaundis

Set Berpantang Sesuai Ketika Anak Jaundis

Semasa berpantangkan Abu Ayyub sangat mencabar sebenarnya kerana saya berpantang sendiri di rumah dengan menjaga anak sulung lagi. Tambahan Abu Ayyub rupanya mengalami breastfeeding jaundis selama lebih kurang sebulan lebih. Jadi sudah tentu saya tidak boleh mengambil sebarang jamu dan juga set berpantang yang berisiko menaikkan paras bilirubin anak.

Tetapi saya perlu cepat pulih dari proses bersalin yang memenatkan dan juga perlu cepat sihat untuk menjaga kedua-dua orang anak dan juga perlu berulang alik ke klinik untuk pemeriksaan berkala jaundis Abu Ayyub. Risau jururawat yang memeriksa saya ketika itu. Risau jahitan episiotomi saya terbuka. Alhamdulillah saya amalkan sapu tempat jahitan dengan Vita-E Complex Shaklee setiap hari, luka cepat pulih dan juga tidak berair.

Itu tentang luka. Bagaimana pula dengan keadaan kesihatan saya?

Selain supplement-supplement asas yang saya ambil ketika berpantang saya turut mengambil Mealshake Shaklee dan juga ESP sebagai tenaga tambahan dan juga membantu memperbanyakkan susu. Minum setiap pagi segelas Esp bersama Mealshake dan juga nestum memberikan saya tenaga tambahan dan mengurangkan rasa lapar kerana ketika itu setiap hari saya dan suami perlu membawa Abu Ayyub ke klinik untuk pemeriksaan paras jaundisnya. 

Biasalahkan bila anak baru lahir, setiap kali itulah ibu bapa perlu menyesuaikan diri dengan pertambahan anak dan semakin kesuntukan waktu. Jadi sarapan ringkas dan mudah seperti bancuhan ESP berserta mealshake dan nestum original amat membantu saya mendapatkan tenaga segera dan mengelakkan juga serangan gastrik sekiranya saya terlewat makan. Hendak pula saya sedang dalam tempoh menyusukan Abu Ayyub dan juga menyusukan si Yaya membuatkan banyak kalori yang digunakan ketika proses penyusuan dan menyebabkan saya SERING BERASA LAPAR!!

Testimoni Collagen Powder Yang Paling Famous

Testimoni Collagen Powder Yang Paling Famous

Sebut collagen sahaja mesti orang terfikir tentang kulit cantik, kulit tegang dan sebagainya. Tetapi tahukah kita bahawa kolagen sangat penting untuk keseimbangan tubuh kita? 

kolagen sebenarnya adalah sejeni protein berserat yang bertindak sebagai tisu sokongan atau penghubung pelbagai tisu yang dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia atau mamalia. 

Walaubagaimanapun seiring pertambahan usia, tubuh semakin kurang menghasilkan kolagen. 

Kolagen sangat penting dalam mengekalkan otot sendi, kuku dan rambut yang sihat dan kuat. 

Kolagen juga sangat penting untuk mendapatkan kulit yang cerah, anjal dan berseri. Kekurangan kolagen menjadi penyebab kesakitan otot dan sendi seperti osteoartritis dan artritis reumatoid. 

Hasil penyelidikan mendapati pengambilan supplement kolagen tambahan dapat membantu mengurangkan kesakitan otot dan sendi serta memperbaiki kesihatan dan kekuatan kuku, rambut, kulit, otot dan sendi. 

Birthday Cake Frozen Elsa and The Gang

Birthday Cake Frozen Elsa and The Gang

31 hari bulan Ogos yang lalu, kami adakan majlis harijadi untuk puteri sulung kami Lil Princess Yaya yang ke empat tahun. Alhamdulillah. Bermakna sudah empat tahun juga Yaya menyusu badan dengan mamanya. Majlis hari lahir ni buat kecil-kecilan aje, makan-makan keluarga, buat sekali makan-makan untuk Mak Su Yaya nak sambung belajar lagi. Tema kek yaya tahun ni adalah kartun frozen.


BIRTHDAY, HARI, JADI, LAHIR, 1KG, KEK, CAKE, FROZEN, ELSA, ANNA, HANS, KRISTOFF, DISNEY, WALT, OLAF, SVEN, FRESH, CREAM, WHITE, EDIBLE, HARGA, HOME, MADE, MAJLIS, MAKAN-MAKAN, BERKUMPUL, KELUARGA,  PARTY, BAHAGIA, HAPPY, FAMILY,
Semua sepupu berkumpul termasuk si kecik Abu Ayyub,
Opps, Qistina dan Adriana tertinggal.
Nak buat macamana nak kumpul yang ada ni pun payah, payah mendengar arahan.
So cute, tengok gelagat kanak-kanak ribena ni


Yaya tau order je lah. Selalunya dia nak mesti ada "And The Gang". Kali ni saya tukar citarasa pulak tak mahu lukis-lukis gambar, nak buat edible image, cantik sikit. Tak penat orang buatnya. Agak kalut sikitlah seminggu sebelum majlisnya baru sibuk-sibuk nak cari tukang buat kek, ingat nak cari yang buat homemade punya dan nak cari imaga gambar Elsa and The Gang nya dan ilham nak kek macamana.

Apalagi kuasa google masa kini. Meng google ajelah sepanjang malam tu. Jumpa Blog kak Syima, Syima homemadeCakes . Ber whatsapp la dengan kak syima ni. Sampai pening-pening kak syima nak faham dan penuhi kehendak saya ni. Haha. Mama Yaya selalu je over kalau bab-bab kek dan makan ni. Hehe.

TAK BOLEH MENYUSUKAN ANAK SELEPAS BERUMUR DUA TAHUN

Tak Boleh Menyusukan anak Selepas Berumur Dua Tahun

Benarkah selepas anak berusia dua tahun kita tidak boleh menyusukan anak lagi kerana membawa kemudaratan kepada anak. Seperti anak minum darah ibu, anak menjadi tidak cerdik, dan menjejaskan taap kesihatan anak?

Kita fahami ayat ini:


وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ 
“ Dan Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”
Surah Al-Bakarah Ayat 233

Dalam Al quran tiada dinyatakan pun tak boleh menyusukan anak selepas usia dua tahun. Sebenarnya umur setahun dan ke atas susu ibu atau mana-mana jenis susu pun bukanlah keutamaan kanak-kanak kecil ini. Sebaliknya mereka memerlukan kepelbagaian sumber makanan yang lengkap mengikut usia mereka kerana susu ibu tidak lagi dapat menampung keperluan tumbesaran mereka. Walaubagaimanapun, bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan hendaklah menyusukan anak mereka sehingga dua tahun.

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry