Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia
Memaparkan catatan dengan label Sapu Cream Cantik Untuk Hilangkan Bekas Gigitan Nyamuk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sapu Cream Cantik Untuk Hilangkan Bekas Gigitan Nyamuk. Papar semua catatan

Gatal-gatal Satu Badan Hilang Dengan Pantas

Hujung minggu ayah mertua berkebun. Biasanya setiap pagi dan petang dia akan berkebun dan juga menguruskan ayam, itik ternakannya. Itu salah satu rahsia dia kekal sihat cergas macam orang baru nak masuk 50-an je. Padahal dah nak menginjak 70an.

Satu kebiasaan orang lelaki nak buat perkara yang remeh temeh bukan nak fikir sangat. Senang orang lelaki ni.

Tapi akibat simple sangat pun makan diri juga.

Lepas berkebun waktu pagi, baju untuk ke kebun dia sangkutkan pada pokok belakang rumah.  Tak pasti dia sangkutkan pada kayu sokongan pokok kacang botol atau sangkutkan di dahan pokok macang. Haru!

Dah petang pakai balik baju tadi. Pakai-pakai, nah menggatal satu badan, bukan sebab peluh. Setakat peluh ayah mertua dah alah bisa tegal biasa. Eceh berlagak=p

Gatalnya badan dia sampai kena minta bantuan mak mertua la pulak. Mak mertua kalutla apa lagi. Nak bubuh minyak panas nanti lagi teruk kulit ayah mertua.
Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry