Nak tak saya beritahu cara buat bedak sendiri yang lebih selamat dan bebas kimia untuk anak-anak anda. Tahu tak? Kandungan Talc dalam pelbagai jenis bedak sebenarnya berbahaya pada kesihatan manusia. Apatahlagi bayi yang masih lembut kulitnya.
Macam ni ceritanya alkisahnya. Satu hari Abu Ayyub tak boleh tidur malam dengan nyenyak sebab Eczema muncul kembali akibat mulut saya yang gatal nak makan biskut coklat yaya. T__T. Mama memang suka makan.




























