Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Uruskan Pakaian: Cara Bijak Tak Perlu Lipat Baju Setimbun

Idea mengupah orang lipatkan baju sekeluarga memang bagus, tapi tidak bagi saya. Satu kerja pulak nak mengasingkan semula bahagian-bahagian baju yang perlu disimpan. Tambah sadis, baru lipat, tapi tak sampai dua hari berterabur balik. Dan juga agak "segan" teramat nak mengasingkan baju untuk dihantar lipat atau mendobi.

Masa berdua tiada masalah. Setelah bertiga agak bertimbun juga. Kadang-kadang sampai 3 gunung Kinabalu juga. Muahahaha. Betapa rajinnya saya. Bila sudah berempat; OK! masa untuk "to be creative" dan "Try & Error". Maka lahirlah idea agak bijak (puji diri sendiri, Pejam mata uolls).

Beli tempat gantung baju konsep terbuka yang double layer tu. Kalau single layer confirm menyenget kemudian runtuh dalam masa dua hari je. huhu. Kemudian beli berdozen penyangkut baju. Kalau nak jauh lebih murah, Brand DIY la jawabnya. Brand Tesco pun kalah harga murahnya.


Cara Uruskan Pakaian Yang Berbakul Tak Lipat


Balik rumah Do It Yourself - pasang rak baju tu sendiri. Ha, masa yang paling teruja. Masa nilah minta bantuan anak-anak yang terlebih excited tolong tengok plus menyibuk masa kita tengah DIY tu. Bagi mereka tugas gantung baju masing-masing. Seronok tengok muka anak yang happy dapat tolong mama dia.

Suka hatilah nak gantung semua baju, seluar, skirt dll termasuk baju jalan-jalan cari makan, baju kerja ke, baju pakai dirumah ke. Kalau saya asalkan semuanya boleh digantung dan senang dicapai tak perlu bukak tutup pintu almari. hehe. Jadi yang tinggal cuma tuala-tuala, selimut-selimut, stoking-stoking dan baju-baju baby. Kalau tak rajin jugak lipat baju baby belilah penyangkut kecik untuk dia.

Pakaian yang kecik kat dalam tu, kalau malas nak lipat elok-elok jugak, senang je, beli kotak pvc yang RM9.90 sebarang brand tu atau almari berlaci, bubuh semua dalam tu, takde siapa nampak atau nak check melainkan anak-anak yang mai mood terlebih rajin "mengemas"

Jadinya, masalah gunung Everest yang selama ini menghantui diri saya selama bertahun-tahun dah selesai. Masa jemur baju, pasangkan hanger siap-siap, bila dah kering angkat dan terus gantung tempat gantung baju DIY tu. Senangkannnnn. Hmm, kenapa tak fikir dari dulu. So, lambattttt. Huhuhu.


Gantung Semua Baju, Masalah Baju Tak Berlipat Selesai
Ada Duit Lebih, Ruang Bilik Pun Sesuai Bolehla Pasang Almari Style Macamni

3 comments:

NurFatihah Che Daud berkata... Reply Comment

Idea yg menarik...saya pun malas lipat baju...semua gantung je...

dorsett pink berkata... Reply Comment

good idea.. boleh gak la try & error lepas ni

Sop Nama Saya berkata... Reply Comment

biasa kat rumah pun penuh bakul baru lipat.. huhuhu
gantung mmg mudah tp ruang terhad.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry