Followers - Pengikut

Jom Shopping LAZADA

Lazada Malaysia

Produk Shaklee Digemari Ramai Hingga Sanggup Bersesak Di Kedai Shaklee

Produk Shaklee Digemari Ramai Hingga Sanggup Bersesak Di Kedai Shaklee

Selama menggunakan produk shaklee sebagai supplement tambahan dari menyusukan anak hingga mengandung anak yang kedua merupakan pengalaman yang sangat berharga. Rasanya saya antara yang bertuah dikenalkan dengan shaklee.

Vitamin-vitamin shaklee membantu saya lebih cergas, bertenaga dan lebih tenang berbanding sebelum mengambil sebarang produk supplement mahupun jamu. Dahulu saya berpandangan negatif mengenai kebaikan dan manfaat supplement kepada diri kita. 

Dan juga sewaktu mengandung saya sangat dangkal mengenai ilmu vitamin dan makan vitamin yang diberikan klinik sesuka hati dan semuanya sekali!!!. Berlainan dengan produk shaklee, saya diberi jadual makan oleh distributor shaklee saya ketika itu dan juga beberapa panduan makan vitamin.

Baru saya tahu ada vitamin yang "contradict" iaitu tidak boleh diambil bersama kerana vitamin yang berlawanan akan mengganggu penyerapan vitamin yang lain dan juga lain-lain tips yang menarik.

Sepanjang saya menggunakan produk shaklee juga, tidak ketinggalan ada yang tumpang seronok dan memuji kerana rahsia kejayaan saya menjayakan penyusuan sehingga tiga tahun lebih adalah 'Mengambil Set Menyusu Shaklee'.

Walaubagaimanapun ada juga segelintir yang memerli dan memandang negatif usaha saya mengambil supplement shaklee! Bagi saya, Allah telah memberitahu kita agar berusaha mencari dan mencuba sehingga kita berjumpa penawar yang terbaik untuk masalah kesihatan kita. 

Selain itu juga, saya tidak memburukkan mana-mana produk kesihatan lain yang ada dipasaran negara kita. Kerana bagi saya kita hanya merupakan pengguna dan hanya bergantung kepada cakapa-ckaap orang disekeliling kita. Kita juga bukannya para saintis yang telah menjalankan semua ujikaji sebelum mengesahkan yang produk lain tidak berkualiti dan kurang berkesan.

Apa yang membuatkan produk shaklee sungguh istimewa pada saya dan keluarga adalah produknya telah disahkan selamat, berkesan dan 100% semulajadi bukan hanya diuji dan diakui oleh saintis shaklee malah diakui oleh pihak-pihak ketiga yang membuat kajian terhadap produk-produk shaklee.

Bahkan Shaklee juga merupakan satu-satunya pembuat produk yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi setiap tahun untk membuat ujian klinikal pada semua produk-produk kesihatannya walaupun tidak perlu membuat demikian. Hal ini kerana shaklee merasa bertanggungjawab akan kesihatan para penggunannya dan bukan sekadar mengaut keuntungan.

Ada juga segelintir pihak yang mengatakan banyak vitamin yang ada dalam setiap set kesihatan shaklee. Saya berpendapat, segelintir pihak ini seperti saya juga dulu dangkal dalam ilmu vitamin tambahan vitamin semulajadi seperti shaklee. Dan juga mereka ini "buat-buat" tidak peduli diet harian mereka dan keluarga mereka tidak begitu sihat dan lengkap untuk keperluan harian tubuh.

Kenapa perlu berkira mengeluarkan sedikit peruntukan wang untuk kesihatan jangka masa panjang tetapi langsung tidak berkira untuk pergi membeli belah yang bukan keperluan dan juga melancong ke sana dan ke mari?

Ada juga yang mengatakan produk shaklee ini tidak berkesan kerana tiada kesan apa-apa walaupun baru makan dua minggu ataupun baru habiskan sebotol. 

Vitamin shaklee adalah 100% semulajadi, tindakannya sangat lembut hingga kita tidak menyedari perubahan yang telah berlaku dalam tubuh kita. Selain itu, vitamin shaklee tidak mengandungi sebarang bahan kimia yang memberi kesan cepat tetapi meninggalkan kesan negatif selama bertahun-tahun dalam badan kita seperti steroid. 

Tambahan tubuh seseorang itu tidak sama dengan tubuh seseorang yang lain. Diet pemakanan juga berlainan. Dan penerimaan setiap tubuh juga adalah berlainan. Ada yang cepat menerima perubahan dan ada yang lambat. Konsistensi dalam setiap pengambilan vitamin, supplement adalah penting. Ambillah produk "brand" apapun. Setiap yang menjual itu akan memberitahu "kena konsisten makan ikut jadual". Jadi bagi yang gemar makan "on-off, on-off" itu macamana nak nampak kesannya?

Apapun tanggapan orang terhadap shaklee samaada memuji dan memandang negatif. Hanya yang mengambil produk shaklee sebenar-benarnya secara konsisten sahaja yang tahu kesannnya. 

Dan juga apapun tanggapan negatif orang terhadap shaklee. Pengguna shaklee meningkat setiap hari, dan kedai-kedai shaklee diseluruh negara umpama pejabat pos yang sentiasa penuh dengan pelanggan yang ingin membeli vitamin-vitamin shaklee. Hinggakan stok baru sampai 2-3 hari dah licin dan terpaksalah restock balik.

0 comments:

Lazada Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

New Entry